Friday, 26 June 2009

R.I.P Micheal Jackson

Seluruh dunia berduka atas kehilangan Raja Pop, Micheal Jackson. Bagi aku, MJ adalah insan seni yang cukup istimewa. Ingat lagi masa aku kecik2, lagu Beat It dan We Are The World selalu dimainkan di TV dan dalam kereta masa berjalan dengan famili.

Kalau lagu dia kuar kat TV, mesti aku terpacak tgk video klip dia. Hinggakan masa tu aku ingat, Micheal Jackson adalah org Melayu. Giler kan?

Tapi hari ini, insan istimewa ini meninggalkan kita.

Though we're far apart
You're always in my heart


Monday, 22 June 2009

Indonesia Malu Di Laman Sendiri

Indonesia gagal lagi. Kali ini, Indonesia selaku tuan rumah Indonesia Super Series 2009 tidak berjaya meraih satu gelar pun. Apa yang pasti membanggakan kita ialah pasukan tanah air kita, Malaysia berjaya meraih dua kejuaraan di negara pulau berkenaan. Yang pasti, kita telah menakluk Indonesia!

Satu-satunya wakil Indonesia di final single lelaki (tunggal putra), Taufik Hidayat mengakui keunggulan pemain Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dengan skor dua set langsung 21-9 dan 21-14.

Indonesia Super Series 2009 juga menyaksikan betapa mundurnya pemikiran rakyat Indonesia di stadium Istora Senayan. Mereka mengejek pemain Malaysia di setiap perlawanan sejak hari pertama. Berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2009.

Akhbar Indonesia, Kompas juga mengakui rakyat Indonesia mencemuh pemain Malaysia.

Namun, segala ejekan itu memberi malu kepada mereka sendiri apabila pemain Malaysia yang dicemuh muncul mula sebagai juara di negara mereka sendiri.

Pemikiran rendah rakyat Indonesia ini dengan memboo pemain kita sedikit pun tidak melemahkan pasukan Malaysia. Malah tindakan Indonesia itu seperti meludah ke langit.

Malah, kekalahan memalukan Indonesia di laman sendiri menjadi headlines di akhbar-akhbar Indonesia.

Semua gelar terbuka Indonesia tahun ini dimenangi oleh pasukan luar terutamanya Malaysia yang unggul dengan 2 gelaran. Dengan dua kemenangan itu bermakna, Malaysia menguasai kejohanan tersebut kali ini.


Sunday, 14 June 2009

Happy Twenty-Tenth Birthday, Azham

It's was Azham's pre-30th Birthday eve celebration.

After all the rehearsal, aku dan my SD were so happy that Azham followed the theme! Tambah-tambah lagi menggayakan step dance yang tengah in skang. Statue of Liberty.

That night iaitu pada 12 Jun, kitorg had dinner together-gather. Just a small treat to our new member of the club. No tricks, tapi waiter boleh tersilap hantar makanan yang rupa sama. Patutlah nama ko Miss Trainee.

Detik-detik ketibaan kek birthday.

The flames that officially welcomes the new member of the club. Macam sukan olimpik pulak.

I wish I could dance like that. Just leave your 20s and never look back.

We all pray that all your 30th birthday wishes come true. Much important, "welcome to the family of the 30s, Azham".


Tuesday, 2 June 2009

Meninggalkan Bangkok ke Sempadan Malaysia

Day 5, 1 Jun 2009 (Isnin)

Hari ni adalah hari terakhir kitorg di Bangkok. Kitorg check-out dari hotel kul 12.30 tgh hari dan drive keluar. Tapi kalau kitorg drive terus ke selatan, kitorg akan tiba di pintu sempadan dalam pukul 2 atau 3 pagi. Pintu border dah tutup waktu tu... Jadi kitorg plan untuk memandu hingga senja sebelum berhenti rehat di mana-mana.

Sebelum tu, kitorg mencari restoran makanan halal. Dengan bantuan GPS, kitorg sampai di restoran Muslim nie berdekatan Silom iaitu di area Bangrak.

Kitorg order chicken briyani sebab dah tiga hari tak makan ayam. Berdasarkan menu, harga sepinggan B55.

Selepas kekenyangan, kitorg berpose dulu sebelum mengambil kereta. Area Bangrak ni juga merupakan kawasan tumpuan pelancong. Kat sini terdapat banyak hotel dan kat sini jugaklah terletaknya balai polis di mana aku buat report (yang tak perlu sebenarnya) tentang kehilangan wallet dua tahun lepas. Sialnyer perompak.

2.30 petang

My SD mula giliran memandu meninggalkan Bangkok. Untuk keluar Bangkok, sure kena merentasi Sungai Chao Phraya nie. Kitorg melintas melalui jambatan Raja Rama IX atau saphan Phra Ram 9. Siap ada pintu gerbang.

Kitorg tertarik dengan billboard Petronas nie. Minyak kebanggaan negara kita.

Di Thailand terutamanya di Bangkok ada banyak stesen minyak Petronas. Tapi cuma ada RON91 & 95 serta Gasohol.

5.45 petang

Kitorg mengisi minyak di Shell sebanyak B1000 (±RM100). Cuma dapat 25.13 liter jer.

Lepas tu giliran aku lak drive.

7.30 malam

Hari dah gelap dan kitorg bercadang untuk bermalam di bandar terdekat. Berdasarkan GPS, bandar terdekat ialah Chumphon. Kitorg pun keluar dari highway dan menuju ke bandar tersebut.

8.30 malam

Kitorg tiba di Chumphon.

Kitorg check-in di Hotel Suriwong Chumphon nie. Harga semalaman cuma B400. Harga berpatutan dan bilik dia pun ok.

9.00 malam

Kitorg mencari restoran untuk makan malam. Lega ada kedai makan muslim kat sini.

Bandar Chumphon kelihatan sunyi je pada waktu malam. Walaupun begitu ada banyak hotel kat area nie sebab bandar ni jadi transit pelancong untuk ke Ko Samui dan pulau-pulau yang sewaktu dengannya.

Kitorg pun balik hotel dan tido.

Day 6, 2 Jun 2009 (Selasa)

6.45 pagi

Kitorg check-out dari hotel.

7.15 pagi

Kitorg breakfast di gerai tepi jalan nie yang menjual makanan halal.

Seperti di Bangkok, ni menu sarapan kitorg.

Macam nasik briyani tapi berminyak dan berlemak sket. My SD macam dah tak leh terima nasik kat sini.

8.00 pagi

Kitorg pun bergerak meninggalkan Chumphon dan menuju ke sempadan.

9.30 pagi

Lampu minyak dah menyala-nyala. Cuba carik Shell ikut GPS tapi takde pulak yang terdekat di highway nie. Paling dekat kat area Surat Thani. Kitorg pun keluar dari highway menggunakan rural road ke bandar Surat Thani.

10.15 pagi

Kitorg mengisi minyak terakhir di Thailand dengan Shell V-Power sebanyak B1200 (± RM120). Kemudian kitorg terus menuju ke pintu sempadan.

2.45 petang

Kitorg tiba di daerah Sadao. Daerah paling selatan di Thailand.

Khor hai dern thang, doy sawaddii-phab.... atau Selamat Jalan.

Bye-bye Thailand.

4.50 petang

Kitorg masuk pintu imigresen. Kat sini passport kitorg dicop (dengan harga RM1) dan kitorg pun memulangkan semula surat import kereta ke Thailand tempoh hari.

5.55 petang (waktu Malaysia)

Kitorg melintasi sempadan dan tiba semula di negara tercinta, Malaysia. Home sweet home.

Perjalanan memandu sejauh hampir 4,000 km dalam tempoh 6 hari 5 malam ni banyak meninggalkan kenangan yang bagi aku tak boleh dilupakan. Bermula dari trip jadi, tak jadi yang last nyer jadi, kemudian memandu hingga ke Jitra dan payah nak cari tempat tido dan susah tido sebab excited giler. Tiba di Bangkok dalam hujan lebat yang juga giler dan kemudian ke floating market bersama dua member baru yang happening dan sporting giler. Ke Lopburi bersama monyet giler dan sebelah kaki Buddha hinggalah balik Malaysia. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

TQ so much yang tak terhingga to my SD yang satu-satunyer kekal merealisasikan trip driving ni. Dan once again to Zua The Great and Aie, zillion thanks. Korang memang the great.