|
Hari ni telah pun hari ke-5 rakyat Johor berkabung atas kemangkatan Almarhum DYMM Sultan Iskandar. Walaupun aku bukan anak jati Johor, tetapi sebagai seorang yang berkhidmat di negeri ini, aku turut bersama rakyat Johor berkabung. |
![]() |
|
Tetapi apa yang aku rasa marah bercampur sedih ialah tindakan seorang blogger, Aduka Taruna yang menghina kemangkatan sultan Johor baru-baru ini. Berikut ini adalah snapshot penghinaan yang dibuat oleh blogger tersebut. |
|
![]() |
|
|
Penghinaannya itu lantaran mendapat kecaman dari rakyat Johor dan seluruh Malaysia sehingga lebih 30 laporan polis dibuat. |
|
![]() |
|
|
Menyedari yang dia kini menjadi buruan polis, blogger tersebut telah mengemukakan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan harapan ia dapat mengubati luka yang dia cipta sendiri. Hari ini, akibat kelancangan mulutnya, dia telah menerima balasan apa terpaksa meringkuk dalam lokap polis selama 4 hari untuk membantu siasatan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Adakah permohonan maaf beliau itu memadai untuk menutup kesalahannya menghina sultan? Jika begitu, aku yakin ramai yang akan mengikut jejak Aduka Taruna, selepas itu memohon maaf. Yang pasti, maruah manusia tidaklah semurah permohonan maaf oleh Aduka Taruna itu. p/s-Negara kita punya undang2. Janganlah kita menjadi seperti negara Indonesia yang mengagung2kan kebebasan bersuara yang langsung tidak memajukan mereka. |
|
Tuesday, 26 January 2010
Menghina Kemudian Minta Maaf. Memadai?
Saturday, 23 January 2010
Negeri Johor Berduka
![]() |
Al-Fatihah
![]() |
|
Dengan penuh dukacita, merafak sembah takziah di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga roh baginda dicucuri rahmat.
|
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)
























