Tuesday, 16 May 2006

Summer Holidays

MTQ Final Night

Guys, 3 Jun ni adalah malam terakhir Club 1927 MTQ. Datang, jangan tak datang. Dress code: All Black. Dress to kill... The following week pulak kita berkampung pulak di Orange dengan cover charge dan konsep yg sama seperti MTQ.

Dari 22 Mei hingga 26 Mei 2006, aku akan berada di Port Dickson. Dan kemudian dari 29 Mei hingga 1 Jun 2006, aku akan ke Langkawi pulak. Dengan membawa tema Bercanda di Pasiran Pantai dengan harapan untuk jadi tanned. Hahaha. Dari 4 Jun hingga 7 Jun 2006, ke Kota Bahru, Kelate lagi sekali.. Peghhh, dua kali dehh ke KB napok gayo....


Queen of The Night

Pada 12 Mei 2006, Queen of The Night Contest diadakan di Orange. 9 peserta berentap pada mlm tu untuk merebut gelaran Queen of The Night. Ni adalah antara video peserta pada mlm tu....

Naomi-Nimbooda

Naomi membuat persembahan ni pentas yg vogue kat Orange. Suka la tgk lighting kat sini. Oppss.. dan show Naomi gak. Besttt.

Lina Teoh

Ni satu lagi show yang aku suker. Ada unsur kelakar laaa...

Roslan Shah

Ni bukan contestant pada mlm tu. Sesuai ke jadi queen of the night? Hehehe. Roslan Shah adalah one of the judges dan ni adalah lagu dari album dia. Aku suker lagu nie. Syahdu....

Dapatkan VCD Queen of The Night dan Grand Opening MTQ now!!.


Nita Malaysian Idol @ MTQ

Nita Malaysian Idol-Fame

Nita membuat persembahan ini di MTQ pada malam pelancaran Pink Rewards dan Bob Sani Entertainment.

Nita feat Ferri-Big Spender

Malam tu, Nita bersama Ferri menyanyi lagu ni yang pernah dibawakan oleh Siti Nurhaliza. Suara Ferri mmg mirip Siti.

Nita - Teman Tapi Mesra

Nita membawakan lagu favourite aku di MTQ Teman Tapi Mesra. Yg best, dia memanggil Nick AMN untuk menari bersamanya.. Sporting Nick...

Nita - Ku Mohon

Selepas dipujuk oleh Azwan Ali, Nita pun membawakan lagu nie versi unplugged. Best laaa Nita... U r so cool


Ghostbusters AMN & SCA (Part 2)

Pada 11 Mei 2006, aku sekali lagi menyertai group AMN menjadi ghostbusters. Lokasi yang kami tuju ialah hospital lama yang terletak di Cheras. Sebenarnya lokasi ini pernah kami tinjau sebelum ini. Memandangkan sebelum ni, aku terlupa menggunakan Super Night Shot mode pada video kamera.. lawatan kali ini, aku telah menggunakannya dengan harapan dapat merakam dengan lebih jelas. Kira-kira pukul 4 pagi, kitorg bertolak ke sana dengan menaiki dua buah kereta. Menyusuri laluan yang berbecak disamping bulan yg mengambang pada malam Jumaat tu, menjanjikan suasana seram

Setibanya di lokasi, my heart tastes not delicious (hati aku rasa tak sedap - Ahfatt). Sebaik saja lampu kereta dipadam, suasana jadi gelap gelita. Aku dan member2 dalam kereta aku (Ijoi, Ahfatt) menunggu mereka yg di dalam kereta belakang turun terlebih dahulu. 2 minit berlalu, mereka tak pun turun2. Aku rasa diorg punya heart pun taste not delicious. Kereta belakang memberi isyarat lampu dan kitorg pun meninggalkan lokasi dan menuju ke stesen minyak Shell yg berdekatan (lokasi biasa tempat berkumpul). Di situ, kitorg berbincang dan ada pro dan kontra. Sambil tu, Kojie memberi semangat agar kitorg meneruskan misi ghostbuster ni walau apa pun berlaku. Akhirnya, kitorg pun bersemangat semula dan kembali semula ke lokasi.

Tiba semula di situ, aku pun terus turun dari kereta sambil tangan aku memegang kamera. Peliknya, tangan aku menggeletar tak seperti minggu sebelum ni ketika aku tiba di sini. Adakah sebab my SD x turut serta? Atau ... memang sesuatu yg pelik akan berlaku. Aku pun terus la merakam sekitar hospital berkenaan. Tiba2 Ijoi mengarahkan aku supaya merakam sekitar tangki air. Minggu sebelum ni pun ada member kitorg suruh aku rakam tangki tersebut. Ijoi mengatakan yg dia nampak seolah2 kelibat kain putih samar2 kat situ.

Kemudian, kitorang pun menghampiri blok hospital tu.... Aku berkeras tak nak dekat sangat... Kojie dan Ijoi nampak selamba derkk yerrr...Aku pun menyerahkan kamera kepada diorg.... Diorg mmg berani giler menghampiri blok berkenaan dan merakam bahagian dalam blok tersebut.

Tiba2 Ahfatt ternampak lembaga di pokok bersebelahan tempat kitorg meletak kereta. Dengan isyarat siulan, kitorg pun kembali semula ke kereta dan terus memecut ke Shell. Di situ kitorg berbincang dan rasa x puas hati lagi. Kitorg nak merakam pulak suasana semasa azan Subuh bergema. Dengan semangat baru, kitorg pun balik semula ke lokasi.

Semasa berjalan ke blok hospital, aku menyedari yang kunci kereta aku tertinggal dalam kereta. Aku meminta bantuan Ijoi supaya mengambil kunci berkenaan. Sambil tu aku merakam Ijoi. Mata aku tertumpu kepada cahaya berbentuk bulat yang berlegar di belakang Ijoi. Aku memanggil Danny dan menunjukkan cahaya tersebut pada skrin kamera. Danny pun nampak pelik dan cuba memandang ke arah Ijoi. Kitorg x pun cahaya di belakangnya seperti dalam skrin kamera. Ijoi pulak rasa pelik bila kitorg semua memandang ke arahnya. Tanpa berlengah, kitorg pun terus meninggalkan hospital lama tu.

Cahaya Berbentuk Bulat Di Belakang Ijoi

Dalam klip video ini, cahaya berbentuk bulat tu nampak jelas berlegar2 di belakang Ijoi dan kemudian menghilang. Beberapa saat kemudian, cahaya tu datang semula.

Cahaya berbentuk bulat seperti dalam klip video di atas sering dianggap sebagai jelmaan hantu (orb) oleh ghost-hunters dari luar negara. Cuba korang baca petikan dari sebuah laman web ghost-hunters terkenal berserta contoh klip video dari diorg. Kalau korang bandingkan klip video tersebut dengan klip video kitorg, memang ada persamaan.

Klik butang Play untuk tonton klip video di atas. Dipetik dari South Jersey Ghost Research Video Gallery."Orb" is the name that has been given to spheres of light which sometimes appear in photos and video recordings at allegedly haunted locations. The sizes of these spheres range from tiny pinpoints of light to larger spheres the size of a basketball.

The "orb" must be partially hidden behind an object in the distance showing that the light anomaly is large and far from the camera lens.

Orb - Orbs are believed to be energy or the spirit and soul of individuals, which show up as circles or balls of light in photos - varying in size, color and opacity. I personally believe them to be departed spirits whose soul is "enlightened," hence they are seen as "light." The whiter or brighter the light, the more truth is known by them.


Thursday, 11 May 2006

Saiful Malaysian Idol @ MTQ

Party Orange Club Date: 12/5/06 (Friday) "Queen of The Nite" Talent Contest Jom kita beramai2 ke Orange mlm nie. Ada show dari Mama Rossa, Dina Gogo, Baby Serdang, Ros Suci dll. MTQ tutup mlm ni disebabkan event nie. Jom kita ke Orange!!! Jumpa di sanaaaaaa

5 Mei adalah tarikh Launching Pink Rewards & Bob Sani Entertainment. Antara artis yang hadir pada malam tu ialah Azwan Ali (pengacara) dan artis Malaysian Idol iaitu Nita, Saiful dan Idham. Show diorg mmg meletop mlm tu.

Saiful-Ku Juga Mencintai Dirimu

Lagu ni adalah lagu yg favourite di conference YM satu ketika dul. Saiful menyanyikan live di MTQ.

Show2 yg lain belum sempat di upload.

Selepas Grand Opening MTQ, aku telah menyertai group AMN untuk menjejaki hantu. Sebenarnya program ni telah lama diorg lancar dan dari cerita2 diorg, aku tergerak hati untuk turut serta.

Setibanya di Frenzy House, ada sekumpulan mamat motor berada di pintu pagar rumah tu. Aku rasa pelik, naper ramai sgt org kat rumah tu. Aku jangkakan diorg menunggu giliran untuk masuk. Tapi, diorg memberi laluan untuk kitorg masuk dulu. Tonton klip video di bawah.

Ghostbusters AMN & SCA @ Frenzy House

Destinasi kitorg yg pertama sebagai ghostbusters AMN & SCA ialah di Frenzy House, Ampang. Dalam rumah tu, sorang wanita telah dibunuh oleh suaminya sendiri.

Saiz file ni agak besar. Buffering mungkin memakan masa yg lama.

Selepas kluar dari Frenzy House, mamat2 motor tu berdiskusi ngan kitorg. Diorg mencadangkan agar kitorg berpecah dan menyertai mereka. Ertinya, setengah dari kitorg join setengah dari diorg dan masuk ikut arah berlainan. Kitorg rasa ada sesuatu yg x kena dan mungkin diorg berniat jahat dalam rumah tu. Jadi kitorg pun terus chowww...

Selepas Frenzy House, kitorg pun terus ke hospital tinggal di Cheras. Malangnya, kitorg tidak berpeluang untuk menjadi ghostbusters di situ kerana hari dah menjelang subuh. Kitorg bercadang untuk ke sana pada keesokan malamnya. Tunggguuuu....

Geng, jangan lupa pada Jumaat mlm adalah mlm Grand Opening MTQ mulai pukul 10 mlm. Show start pada pukul 11 mlm. Artis yang dijangka hadir ialah Azwan, Nita M.I dan banyak lagi.

2 minggu lepas iaitu pada 28 April aku berjumpa dengan DJ bertugas conference YM dari utara iaitu Eligible Bachelor 83. Mula2 Shah ni majuk sbb aku x nak bergambar dgn dia... bukan x nak yerrrr.. cuma segan nak bergambar. Last2 mmm sampai habis memory stick tu kitorg bantai... Hehehehe. X gitu DJ bertugas?

Ini adalah show minggu lepas di MTQ.

Viviana & AMN Group Divas feat. Laura Madonna

Berangan yer menjadi Puteri Gunung Ledang. Tapi Laura Madonna memang real jadi nenek kebayan.

Man Thai & Baby Edora-Could I Have This Kiss Forever

Ini adalah penampilan Man Thai pertama di MTQ sebagai Azman.

The Color Dancers-Dia Milikku

First time tgk persembahan diorg nie, aku terus terminat dengan lagu yg dipopularkan oleh Khadeeja nie... Macam best je lirik dia....


Khadeeja - Dia Milikku

memang benar akulah cinta hatinya tiada guna kau menafikan segala simpan saja mimpimu untuk bersama berundurlah dari nanti kau kecewa maafkan diriku oh andai engkau terasa ikhlas kukatakan niatku yang suci tidak perlu untuk kau merayu lagi sememangnya banyak cinta yang menanti dan andainya kau masih berkeras hati jangan harap untuk ku mengalah pergi

chorus: memang benar ku katakan dia milikku biarpun kau mengganggu dia setia padaku sudah janganlah kau mencoba untuk memiliki kerna dia tak semudah kau sangka bukan sudah kukatakan dia milikku biar apa di kata dia tetap aku cinta memang sukar dipercaya harus diterima kerna hanya diriku berhak di atas cintanya [bridge] bukan maksudku terlanjur bicara maafkan diriku andai kau terasa ikhlas kukatakan niatku yang suci untuk pertahankan percintaan ini

Tuesday, 2 May 2006

May Day Yang Best

Jumaat, 28 April 2006

Kul 9 mlm, kitorg check-in hotel. Yg best nyer, kitorg dpt guna Wi-Fi. Tapi signal kat bilik tak berapa OK... Kul 1 pagi, kitorg ke BB terlebih dahulu sebelum ke MTQ. Antara yang ada di BB ialah Benlimweiken,  Faz, Ikhsan, Fantastic Ideal. Kul 2.15 baru kitorg ke MTQ dan ini adalah showgirls yg membuat persembahan pada mlm tuh (Video akan diupload kemudian).

Lepas MTQ, kitorg lepak sambil minum2 kat MLB sebelum ke Narnia Park.

Sabtu, 29 April 2006

Mlm minggu nie, tak perlu fikir panjang, pasti MTQ jadi pilihan... Sebaik je masuk MTQ, aku terserempak dengan Kie AMN. Aku ambil kesempatan untuk slow talk ngan dia kat bilik lounge belakang. Wahhh, di bilik lounge katanya. Nak privacy la tuuu...Hanya kami berdua saja, tanpa gangguan dari mana2. It's really man to man talking. Di sini aku nak umumkan bahawa kempen menentang kobi-kobi telah menjadi satu sejarah...

Ni adalah gambar yang diambil selepas MTQ di MLB.

Arenique & Khairie AMNers
Hatta San Cute Danny & Nenek Kebayan
Shah & Adi Ben & Ikhsan
Benlimweiken Ikhsan Fadhil
Eloleos & Adyin Faz

Ahad, 30 April 2006

Malam cuti 1 Mei., aku dan my SD pergi ke BB. Cadangan asal nak ke MTQ, tapi tutup lakkk... Mmmm, takde pilihan lain, terpaksa lah ke sana. Lagi pun ramai kawan2 dan janji nak ke sana. Sampai ada yang propahh... iaitu Boy Renoma dan AMNers.

Ni adalah gambar2 yang diambil pada malam tu di MLB. Betul kata Adam, bila dia balik Mesia, segalanya dah berubah.

Aku dan Shah, Eligible Bachelor. Shah nie adalah penyampai bertugas dari Parit Buntar Perak. Mula2 di majuk sbb aku x nak bergambar ngan dia....
Aku dan Zad

Aku dan Adi

Eloleos & Ikhsan Fadhil Benlimweiken & Fantastic Ideal

Lepas lepak di MLB, tiba2 Boy Renoma dan Danny tiba dgn Savvy barunya. Katanya 10 minit tiba, propahhh lagi. 20 minit baru sampai. Lepas tu, kitorg terus Narnia Park. Lepak di situ sampai kul 6 pagi. Siap ada buat dance-floor di parking lot tu. Arenique yang jadi DJ nya... Sebelum berpisah, kitorg ke Restoran Malik dan sembang2 di sana sampai kul 7 pagi. Antara topik hangat ialah program terbaru AMN iaitu menjejak hantu. Kitorg, SCA Boys mungkin akan menyertainya.. Nantikannn.....


Kota Bahru 2006

Away for 7 Days

Away untuk 7 hari.... (kurang 3 hari dari Adam Dryx). Aku berada di Kota Bahru, Kelantan dari 25 - 28 April dan kemudian di KL hingga 1 Mei 2006. Pada 1 Mei mlmnya baru aku balik ke Johor ni. Kepada semua kengkawan, jumpa diMTQ lagi minggu nie. Dan selamat bercuti sempena Hari Pekerja.


Tak Sabar Nak Balik KL


Yahoo!!! Esok dah balik semula ke KL... Selamat jalan KayBe. Mugo kito jupo lagi deh di Kelate di lain maso....Aku balik naik AirAsia je... jimat bebbb ...


Jumaat, 28 April 2006

Kul 1.30 ptg, aku pun check-out dari hotel dan terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kat Pengkalan Chepa untuk balik ke KL. Lebih kurang kul 2 ptg, aku pun tiba kat situ. Check-in... Begini lah pemandangan di sekitar airport baru tuh.

Kul 3 petang, kapal terbang pun berlepas meninggalkan KB. Sedey lak nak tinggalkan KB kali nie.....

Sejam selepas tu, kapal terbang pun mendarat di Terminal baru Air Asia di LCC. Rupanya terminal ni terletak bersebelahan KLIA. Yang tak bestnya, kitorg terpaksa berjalan kaki jauh lepas turun dari plane untuk mengambil barang. Pastu pulak, kena tunggu lama pulak kat tempat tuntutan bagasi. Boring siot LCC nie....

My SD dah menunggu di luar. I tunggu u takper, jangan u tunggu I. Itu statement carutan yang selalu aku dengar. Hehehe.

Kitorg pun terus menuju ke KL. Dalam perjalanan ke Bkt Bintang, jalan jam giler. Jadi untuk menghilangkan boring, aku pun bersiaran kejap di conference YM menggunakan GPRS.

Antara yg bersuara ptg tu ialah Shah The Apes. Dia bertanyakan pasal klip video nenek kebayan minggu lepas. Nanti I uploadkan yer Shah bila balik Johor.

Di Bkt. Bintang, kitorg berjumpa dengan Southernsons21. Kitorg jalan2 sekitar Sg Wang. Macam2 yg dibeli oleh South nie... Sebelum balik, kitorg dinner di KFC.. South bantai dinner plate... maklum lahh..dinner. Hehehehe.