Alhamdulillah, tadi masa aku check laman web Copenhagen Airport, flight my SD bernombor TG 950 telah pun selamat mendarat. |
![]() |
Dari laman web Thai Airways International pulak menyatakan flight tersebut mendarat jam 7.27 pagi waktu Denmark (1.27 ptg waktu Malaysia) dan tiba di terminal 5 minit kemudian. Eh, macam laporan berita pulak. |
![]() |
Sekali lagi tu my SD, selamat tiba di Denmark. Berhati-hati kat sana dan jangan lupa orang di sini. Semoga berjumpa semula lagi 3 minggu. |
Monday, 20 April 2009
My SD Selamat Tiba Di Denmark
Selamat Berangkat Buat My SD
Pada 19 April 2008, jam 8.30 malam, my SD berangkat ke Copenhagen, Denmark dengan pesawat Thai Airways TG950. Bukan pergi untuk 2 atau 3 hari, tapi selama 3 minggu. Rasa sedih giler. |
Memandangkan tak dapat sms dalam penerbangan, aku try check status terkini flight my SD. Dari laman web Thai Airways, nampaknya flight my SD selamat meninggalkan airport Suvarnabhumi jam 1.43 pagi waktu Thailand (2.43 pagi waktu Malaysia). Tetap nak transit kat Bangkok. |
![]() |
Dari laman web Copenhagen Airport, dijangka flight my SD mendarat jam 7.34 pagi waktu Denmark (1.34 petang waktu Malaysia). Kira-kira ada lagi 4 jam ketika postingan ni dibuat. |
![]() |
Kat bawah nie adalah waktu tempatan Denmark. |
Kepada my SD, semoga selamat sampai di Denmark dan jangan nakal2 di sana. |
Klip Video Hari Terakhir Songkran Splendours 2008
|
14 April 2008 adalah hari terakhir kitorg di Bangkok sempena Songkran. Pada hari nie, kitorang balik ke Malaysia. TQ to my SD yang merealisasikan trip Songkran Splendours ni. |
Tuesday, 14 April 2009
Video Semasa Hari Pertama Songkran
|
Hari pertama Songkran, kitorg ke Pasar Minggu Chatuchak. Ingatkan kat pusat bandar jer ada sambutan, kat pasar ni pun ada. |
|
Ini pulak adalah sambutan Songkran di depan hotel kitorg menginap di area BBB Inn dekat area Silom. |
|
Kitorg juga menyambut hari pertama Songkran di Thanon Khao San yang penuh dengan manusia. Semuanyer basah kuyup. |
Klip Video Songkran Eve
|
Pada hari pertama di Bangkok, iaitu menjelang Songkran, kitorg ke Wat Arun. Plan asal nak sambung kat sini. Tapi rupa2nya, sambutan hanya untuk VIP. Jadi kitorg mengambil keputusan, naik menara wat. |
|
Ini pulak adalah sambutan Songkran Eve di Thanon Khao San yang menjadi tarikan utama pelancong untuk menyambut perayaan ini..Gambar intro ni adalah semasa makcik tu menyimbah air ais. Sejuk gilerrr... |
Klip Video ke Bangkok sempena Songkran 2008
|
Bercerita pasal Songkran ini, teringat trip aku ngan my SD ke Bangkok setahun yang lalu semasa perayaan ini berlangsung. Ini adalah klip video yang mengambil masa setahun jugak untuk disiapkan. Hehehe. Klip video di bawah ni dirakam di LCCT sebelum berlepas. Masa ni kitorg terserempak ngan Slash dan Benjy. |
|
Yang di bawah ini pulak adalah klip video semasa mula2 mendarat di Bangkok. |
Songkran Di Genting Highlands
Monday, 13 April 2009
Songkran Dan Darurat
Lautan manusia berbaju merah kini memenuhi Bangkok dan menjadikan bandaraya itu kacau bilau. |
![]() |
![]() |
![]() |
| PM kita yang baru yang ke Pattaya untuk menghadiri satu sidang Asean terpaksa balik awal disebabkan kekacauan tersebut. Berikut adalah petikan kesedihan PM kita atas apa yang berlaku di Thailand. |
|
| "Sebaik saja kami terbang, saya merenung kembali dengan penuh keprihatinan bagaimana cabaran politik dalam negara seperti ini boleh menghalang kerja-kerja baik kelompok negara serantau seperti ASEAN – dan melambatkan manfaat daripada integrasi yang lebih erat kepada beratus-ratus juta penduduk yang tinggal dan bekerja di Asia Tenggara." | ||
Memang benar apa yang dikatakan oleh PM kita tu. Rusuhan seperti ini hanya merugikan. Lihat saja negara Indonesia di mana rakyat mereka sering merusuh. Pasal budaya mereka merusuh, pasal lagu mereka merusuh hinggakan sesudah lebih 60 tahun mereka merdeka, negara mereka masih mundur. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tempias itu kini dirasai pula Bangkok apabila mereka sendiri terpaksa membatalkan perayaan utama mereka, Songkran. |
|
![]() |
|
Bangkok Post |
|
Amat sedih jika Songkran disambut dengan tembakan gas pemedih mata tahun nie. Diharapkan situasi di Bangkok akan segera reda. Peace. |
|
Thursday, 9 April 2009
Indonesia Sudah Jatuh Ditimpa Pesawat
Wednesday, 8 April 2009
Drivin' Bangkok 2009 Itinerary
Day 1 (Khamis, 28 Mei 2009)
| 01.00 pagi | Bertolak dari KL | |
| 06.00 pagi | Tiba di Bukit Kayu Hitam (480 km dari KL) | |
| Breakfast dan menguruskan kemasukan kereta ke Thailand | ||
| 07.30 pagi | Melintasi sempadan Malaysia-Thai | |
| Waktu seterusnya adalah waktu Thailand | ||
| 07.00 pagi | Meneruskan perjalanan melintasi pekan Sadao. | |
| 08.30 pagi | Tiba di Hat Yai (65 km dari sempadan) | |
| 10.00 pagi | Tiba di Phattalung (100 km dari Hat Yai) | |
| 11.45 pagi | Tiba di Thung Song, Nakhon Si Thammarat (120 km dari Phattalung) | |
| 12.30 ptg | Tiba di daerah Phunphin (130 km dari Thung Song) | |
| 03.00 ptg | Tiba di Chumphon (180 km dari Phunphin) | |
| 05.00 ptg | Tiba di Prachuap Khiri Khan (170 km dari Chumphon) | |
| 06.30 ptg | Tiba di Hua Hin (100 km dari Prachuap Khiri Khan) | |
| 08.00 mlm | Tiba di Samut Songkhram (115 km dari Hua Hin) | |
| 09.30 mlm | Tiba di Bangkok (80 km dari Samut Songkhram) |
Jumlah Jarak: 1,465 km dari KL.
Day 2 (Jumaat, 29 Mei 2009)
| 02.00 ptg | Lunch dan bertolak dari hotel ke Amphawa | |
| 03.30 ptg | Tiba di Amphawa Floating Market | |
| Melawat Amphawa Floating Market. | ||
| 06.00 ptg | Bertolak balik ke Bangkok | |
| 07.30 mlm | Tiba di hotel. | |
| 10.00 mlm | Go-go show. | |
| Clubbing |
Day 3 (Sabtu, 30 Mei 2009)
| 01.00 ptg | Lunch dan bertolak dari hotel ke Samut Prakan | |
| 02.00 ptg | Tiba di Ancient City, Samut Prakan | |
| Melawat Ancient City. | ||
| 06.00 ptg | Bertolak balik ke Bangkok | |
| 07.00 mlm | Tiba di hotel. | |
| 10.00 mlm | Go-go show. | |
| Clubbing |
Day 4 (Ahad, 31 Mei 2009)
| 01.00 ptg | Lunch dan bertolak dari hotel ke Grand Palace | |
| 01.30 ptg | Bergambar di depan Grand Palace. | |
| 02.30 ptg | Tiba di Chatuchak Weekend Market | |
| 04.30 ptg | Bertolak balik ke Bangkok | |
| 05.30 ptg | Tiba di hotel dan berehat. | |
| Clubbing |
Day 5 (Isnin, 1 Jun 2009)
| 01.00 ptg | Lunch dan check-out hotel | |
| 02.00 ptg | Bertolak balik Malaysia. | |
| 03.30 ptg | Tiba di Samut Songkhram | |
| 05.00 ptg | Tiba di Hua Hin | |
| 06.30 ptg | Tiba di Prachuap Khiri Khan | |
| 08.30 mlm | Tiba di Chumphon | |
| Bermlm di Chumphon. |
Day 6 (Selasa, 2 Jun 2009)
| 07.00 pagi | Breakfast dan check-out hotel. | |
| 09.30 pagi | Tiba di Phunphin | |
| 10.00 pagi | Tiba di Thung Song | |
| 11.30 pagi | Tiba di Phattalung | |
| 01.00 tgh | Tiba di Hat Yai dan lunch. | |
| 03.00 ptg | Tiba di pintu sempadan dan melintasi sempadan. | |
| Waktu seterusnya adalah waktu Malaysia | ||
| 05.00 ptg | Tiba di Bukit Kayu Hitam. | |
| 10.00 mlm | Tiba di Kuala Lumpur. |
Sunday, 5 April 2009
Indonesia Maling Lagu Malaysia?
|
Dalam diam2, negara tetangga kita, Indonesia rupanya meminati lagu2 negara kita. Terbaru, Ahmad Dhani atau Muhammad Dhani menyanyikan semula lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Madu Tiga. Ini adalah video klip nya. |
|
Lebih membanggakan, lagu yang originalnya hasil karya anak watan Malaysia dinyanyikan semula mengikut arrangement yang sama seperti nyanyian P. Ramlee malah liriknya tidak ditukar (tonton klip video di bawah). Bukan itu saja, lagu ini mula mendapat tempat di carta muzik Indonesia seperti Inbox SCTV. |
|
Bagi aku, tidak salah kiranya karya P. Ramlee yang dinobatkan sebagai warisan negara Malaysia dinyanyikan oleh sesiapa. Malah, aku berbangga kerana karya negara kita terkenal di seluruh dunia. Janganlah mengikut jejak primitif dengan merusuh dengan menyalak "maling.. maling..." hanya kerana isu karya dan rekacipta. Sesungguhnya, kreativiti itu melintasi sempadan. |
|
|
p/s-Tidak hairan juga mengapa Siti Nurhaliza juga dipilih menulis dan mendendangkan lagu Ketika Cinta untuk soundtrack filem Indonesia bertajuk Perempuan Berkalung Sorban. |





































