Monday, 30 March 2009

Bersama my SD dan Azham ke Lumut

Setelah 2 hari berada di Perlis, kitorg ke Lumut, my hometown. Gambar ni diambil di jeti Lumut.

Tak dapat lompat kat ke dalam laut, lompat kat tepi pantai pun jadi aaaa...

Adegan tayang ketiak.

Satu satu landskap menarik di Lumut.

Seterusnya kitorg melawat kawasan paya bakau.

Kawasan paya bakau ni terletak di area Sungai Dinding.

TQ kepada my SD yang sudi berkunjung ke my hometown dan TQ jugak kepada Azham yang sudi mengikut kitorg hingga ke Perlis termasuk bertukar2 memandu kereta.


Senjakala Di Kuala Perlis


Rakam Wedding Di Perlis

Selepas melawat candi, kitorg pun meneruskan perjalanan ke Kangar, Perlis dengan melalui jalan kampung.

Kitorg melewati sebuah masjid lama.

Setibanyer di Kangar, aktiviti merakam video wedding pun bermula.

Yang bestnyer, kedua2 pengantin sporting habis.

Gambar ni diambil di salah satu lokasi pengambaran iaitu di Muzium Kota Kayang berdekatan Kuala Perlis.

Lokasi penggambaran seterusnya adalah di Kuala Perlis.

Suasana sunset ni kitorg gunakan sehabis2nya untuk rakaman video.

Begitulah sibuknyer Remy dan Wan (photographer) shoot gambar.

My SD sedang menikmati sunset dengan membelakangkannya.

Pada sebelah malamnyer, kitorg ke rumah keluarga pengantin. Azham begitu ringan tulang membantu keluarga pengantin menyiapkan makan malam.

Setelah makcik ni meminta Azham menolong nyer, dengan sepantas kilat Azham mendapatkan resipi acar nenas dengan menggunakan 3G pada hp nyer. Ada ke 3G kat sini?

Tuangkan kacang yang telah siap dikisar secukup rasa. Berhati2 agar tidak termasuk handphone sekali.


Melawat Tapak Candi Lembah Bujang

Pada 13 Mac 2009, aku dan my SD ke negeri Perlis untuk merakam wedding. Azham join last minute selepas kitorg bermlm di loftnyer. TQ Azham sbb benarkan kitorg berehat at your loft. Kitorg bertolak ke Perlis dari KL seawal jam 5.00 pagi. Aku dan Azham bergilir2 drive. My SD tido sajork.

Semasa dalam perjalanan, setibanya di Sungai Petani, kitorg rasa bosan lak berada lama di highway dan kitorg setuju drive guna jalan lama berpandukan GPS. Boleh lak tangan aku gatal nak check Attractions sekitar Sungai Petani menggunakan GPS. Tersenarailah Lembah Bujang Archaeological Park. Azham yang minat ngan candi2 nie terus setuju untuk ke sana.

Berbantukan GPS, kitorg pun tiba di kawasan tapak candi. Kalau x de benda alah nie, mrasalah tersesat sebab sign-board nyer hanya kat jalan besar jer. Bila masuk jalan kampung, nan-ado. Ini adalah gambar di pintu masuk ke tapak kajian.

Setibanyer di sini, kitorg terus membaca fakta2 yang diletakkan di ruang pameran. My SD begitu kusyuk sekali meneliti dan membelek fakta2 tersebut. Azham yang teruja pada awalnyer, kelihatan selamba jer.

Kawasan ni masih dijadikan kawasan kajian berikutan penemuan2 baru yang belum pasti kebenarannya. Kawasan candi bertutup ini menurut seorang pegawai yang bertugas adalah merupakan bekas masjid kerana strukturnya yang lengkap ngan ruang sembahyang dan mihrab.

Untuk kepastian, my SD dan Azham terus jer melakukan ekskavasi. My SD begitu teruja apabila menemui biji-biji tasbih yang menguatkan fakta bahawa kawasan ini adalah masjid.

My SD tetap teruja meskipun Azham mengatakan bahawa ianya hanya biji-biji pasir bersaiz besar dan bukannya tasbih.

Setelah puas melakukan ekskavasi, kitorg pun bergambar kenangan.

Seterusnya, kitorg melawat pula ke candi bersebelahan yang merupakan bekas kuil Hindu. Giliran aku pulak melakukan ekskavasi.

Bersedih kerana tidak menemui apa2 yang menarik atau terfikir jauhnyer perjalanan ke Perlis.

Seperti biasa, bergambar kenangan sebelum balik.

Seterusnya kitorg melawat ke candi Buddha yang terletak di bahagian belakang. Menurut pegawai di sini, candi2 yang terdapat di sini bersaiz kecil kerana pemerintah pada ketika itu mengamalkan animisme. Candi Buddha dan Hindu yang dibina ini hanyalah untuk kemudahan pedagang beribadat.

Tidak hairanlah, candi yang satu lagi adalah bekas masjid jika pemerintah pada ketika itu ingin mewujudkan kawasan beribadat untuk semua agama. Khemah2 yang dibina di kawasan ini menunjukkan bahawa kajian masih dijalankan.


Indonesia Mulai Tenggelam

Ramalan saintis bahawa Indonesia akan tenggelam pada tahun 2025 mula menunjukkan kebenaran. Runtuhnya empangan Situ Gintung di pinggir Jakarta baru-baru ini adalah petanda awal negara tersebut bakal tenggelam.

Berikut adalah gambar2 tragedi Situ Gintung tersebut.

Banjir di kota Jakarta, tragedi banjir lumpur, tragedi Situ Gintung dan banyak petaka lain sepatutnya diambil pengajaran oleh Indonesia akan amaran alam ini. Dan jangan hanya menunggu seperti laporan akhbar ini.

 

p/s- Bersama2lah selamatkan dunia.


Sunday, 29 March 2009

Berjaya Support Earth Hour

Pada 28 Mac 2009 adalah hari Vote Earth dengan menutup lampu semasa Earth Hour (8.30 mlm hingga 9.30 mlm). My SD pada mulanya x caya yang aku leh tutup lampu selama sejam.

Memang dalam gelap, macam2 leh berlaku, tapi takde apa pun berlaku. Ye lah, my SD masa tu dalam perjalanan pulang ke KL dari rumah aku.

Aku mula tau pasal Earth Hour nie masa gi Bangkok hari tu. Padahal kempen nie dah lama mula lama. My SD gak yang bagitau pasal benda nie. TV3 siap buat count-down menjelang jam 8.30 mlm tadi. Macam sambut new-year lak.

Terdahulu, my SD telah dtg ke rumah aku. TQ so much to my SD yang telah mengemas rumah aku yang dah lama bersepah.

Idea menyusun buku di tangga ni adalah idea nukilan Azham. Get well soon, Azham. Nanti leh gi clubbing sama2 lagi.


Monday, 23 March 2009

Berakhirnya 4 Bangkok

Lebih kurang setengah jam dalam teksi, kitorg pun tiba di airport Suvarnabhumi.

My SD propah berkenan membeli burger yang roti nyer bertanda "R" sebab kesian kat kedai tu yang takde pengunjung. Apa x propah nyer, kat kedai tu ada terjual hamburger.

Gambar ni pulak diambil selepas kitorg lunch. Alhamdulillah, ada pulak gerai menjual makanan halal kat sini.

Lepas makan, kitorg pun berjalan masuk ke departure hall.

Sebaik masuk ke balai berlepas, rasa lega sket keadaan kelam-kabut dan penuh sesak dengan org, tiba2 hilang dan menjadi sunyi sepi. Emptiness di Suvarnabhumi.

Tepat jam 5.30 petang, kitorg pun meninggalkan Bangkok untuk balik ke Malaysia. Rasa sedih sbb meninggalkan Bangkok, rasa sedih gak sebab trip nie sepatutnyer berempat, tapi tinggal kami berdua. TQ to my SD yg merealisasikannya juga.


Sunday, 22 March 2009

Bergerak ke Airport dari Bangkok

Setelah pack semua barang, kitorg pun kluar dari bilik hotel dan lepak2 dulu di lobby.

Thailand juga menyahut seruan Earth Hour 2009 dengan menutup elektrik selama 1 jam pada 28 Mac ni.

Seterusnya, kitorg menaiki teksi ke airport Suvarnabhumi.

Dalam perjalanan, kitorg ternampak billboard yang menarik nie.

Selain tu, terdapat masjid2 di tepi jalan dalam perjalanan ke airport.

Yang ini pulak, adalah landasan skytrain yang sedang dalam pembikinan. Insya-Allah (seperti terdapat dalam buku Lonely Planet), dalam bulan Ogos ni, siaplah pengangkutan baru dari airport Suvarnabhumi ke Bangkok nie.


Hari Terakhir Di Bangkok

Day 4 (22 Mei 2009)

Hari nie awal2 lagi aku dah terjaga. Badan cergas giler pulak. Terus aku kejutkan my SD untuk gi sarapan. Dengan tak mandinyer kitorg melalui jalan go-go boys ni untuk cari sarapan. Takde yang bukak lak.

Menikmati suasana pagi hari minggu di Bangkok dalam keadaan tak mandi pagi.

Selepas sarapan, kitorg pun berjalan kaki semula ke hotel untuk bersiap-siap balik Malaysia.

Tetap nak lalu jalan go-go boys nie.

 

Clubbing Malam Terakhir Di Bangkok

Ni adalah malam terakhir kitorg di Bangkok. Malam terakhir nie, apa lagi kitorg gunakan secukupnyer untuk clubbing. Ni tgh menunggu my SD bersiap-siaga.

Seperti biasa, warm-up dulu di DJ Station hingga jam 2 pagi.

Pastu sambung lak di G.O.D hingga jam 3 pagi.

Jam 3.00 pagi G.O.D pun ditutup, tamatlah clubbing di Bangkok kali nie.


Saturday, 21 March 2009

Chatuchak Weekend Market

Day 3 (21 Mac 2009)

Hari ni takde plan melawat mana2. Just gi shopping di Chatuchak Weekend Market.

12.15 PM

Kitorg kluar dari hotel dan berjalan kaki ke stesen MRT (metro) Samyan.

Tambang tren dari Samyan ke Kamphaeng Phet adalah B41. Sepanjang perjalanan tren melalui kawasan bawah tanah.

1.30 PM

Lebih kurang 20 minit perjalanan, kitorg tiba di Kamphaeng Phet. Stesen ni terletak betul2 bersebelahan Chatuchak Weekend Market.

Kitorg meluangkan masa hampir 2 jam setengah di sini. Tak sangka lak yang Isis pun ada membuka gerai di sini.

4.30 PM

Kitorg tiba semula di stesen MRT Samyan dan melewati Wat Hualamphong nie.

Balik hotel dan berehat. Teringat theme malam terakhir yang Azham set hari tu iaitu sleeveless.... Malam terakhir nie, kitorg bertukar ke bilik tema disco lak.


Lor, Bot Lagi

2.30 PM

Seterusnyer, kitorg melawat Golden Mount yang terletak di area Banglamphu, bersebelahan dengan klong.

Kitorg terpaksa mendaki anak tangga ini untuk ke puncak gunung emas nie. Yang menarik nyer, bukit ini terbentuk setelah Raja Rama ke-3 mengarahkan tanah yang dikorek untuk membina terusan (klong) tadi dikumpulkan di sini.

Dari puncak bukit, kitorg dapat merakam pemandangan bandaraya Bangkok.

Bukan tu saja, sempat lagi melayan perasaan bila berada di puncak.

Berkibarnyer bendera Thailand di Golden Mount.

Struktur berbentuk kon ini adalah chedi utama di Golden Mount.

Bila berada di puncak, masing2 dah mula lupa daratan. I'm top of the world.

4.15 PM

Puas meloncat, kitorg pun berjalan kaki turun bukit menuju ke Sungai Chao Phraya. Gambar ni dirakam semasa melalui Chinatown.

Nama jer Chinatown, tapi banyak pulak orang jual sari kat sini. Tak berkenan, jadi ushar je la.

Kitorg tiba juga akhirnyer di tebing Sungai Chao Phraya.

Seperti klong, di Sungai Chao Phraya juga terdapat pengangkutan awam. Apa lagi kalau bukan bot. Bot lagi...

4.40 PM

Kitorg menaiki bot orange flag nie dari jeti Memorial Bridge. Tambangnyer pun murah giler. B13 sekali naik ke mana-mana destinasi.

Memandangkan di Sungai Chao Phraya tak nampak ikan, my SD merakam anak ikan yang naik ke dalam bot.

Sepanjang menyusuri sungai, bot berhenti di beberapa jeti dan penumpang turun naik. Ini adalah salah satu jeti kat sini. Bot di sini mempunyai warna bendera merujuk kepada destinasi yang ditujui.

4.50 PM

Kitorg turun di jeti Sathorn.

5.00 PM

Di situ kitorg menaiki LRT dari stesen BTS Saphan Taksin ke Sala Daeng (tambang B25) untuk ke Silom.

5.20 PM

Setibanyer di Silom, barulah kitorg dapat lunch.

12.00 midnight

Kitorg clubbing DJ Station.

2.30 AM

Kitorg sambung pulak di G.O.D. Malangnyer, club nie tutup jam 3.00 pagi sebab management polis yang baru melarang club ni terus beroperasi hingga jam 6.00 pagi.


Bot, Bot dan Bot Lagi

12.40 PM

Setelah puas melayan konek, kitorg berjalan kaki ke tepi terusan untuk mengambil bot klong (terusan). Gambar ini diambil di jeti Tha Withayu.

Tu dia, dah pun sampai bot nyer.

Untuk naik ke bot ni kena pantas sebab tak sampai seminit je berhenti, dah jalan semula. Kalau lambat, mrasalah ketinggalan.

Kitorg menaiki bot ini hingga ke Tha Pratunam. Tambangnyer murah giler (B8 saja). Di Tha Pratunam, penumpang mesti menukar bot lain untuk meneruskan perjalanan.

1.00 PM

Kitorg naik pula bot berikutnyer untuk ke Tha Saphan Phan Faa (tambang B10).

1.20 PM

Setibanyer di sini, kitorg melawat Muzium Raja Rama ke 6 iaitu Prajadipok. Admission free.Yang best dapat merasai kesejukan air-cond.

2.15 PM

Keluar dari muzium, kitorg melintas jambatan yang merentangi terusan (klong) tadi.


Melawat Taman Konek Siam

Day 2 (20 Mac 2009)

Memandangkan member2 x jadi join, itinerary hari kedua di Bangkok diubah dengan melawat taman konek. Konek? Yahoooo!!!

10.45 AM

Selepas bangun tido, kitorg berjalan kaki ke stesen BTS Sala Daeng.

11.15 AM

Dari situ kitorg menaiki tren ke stesen Ploenchit (tambang B25)

Di stesen Siam, kitorg bertukar tren. Kalau Caesar jadi ikut, sure dah turun kat sini untuk melawat ke Siam Square.

11.30 AM

Setibanya di situ, kitorg berjalan kaki ke Lingam Shrine.

11.50 AM

Ni lah dia, taman yang menempatkan konek-konek pelbagai saiz dan warna.

Ada yang panjang, ada yang pendek.

Lingam Shrine

Yang ni lak, adalah konek berkepala kecik.

Kepala konek ni mmg besar giler. Siap ada lubang pancut lagi.

My SD pun keliru tak tau nak pilih konek yang mana satu.

Sebenarnya Lingam Shrine ni dipercayai sebagai tempat untuk memohon zuriat bagi org Thai. Sesiapa yang inginkan kesuburan, datang ler ke sini. Tak pun, leh dapat konek yang besar ni. Hehehe.


Friday, 20 March 2009

Tiba Di Bangkok

8.30 PM

Kitorg meninggalkan LCCT.

9.30 PM (Waktu Thailand)

Kitorg pun tiba di airport Suvarnabhumi.

Selepas mengambil barang, kitorg pun ke bandaraya Bangkok dengan menaiki teksi. Teksi ni boleh didapati di Gate No 10. Diluar balai ketibaan. Surcaj B50 dikenakan pastu tambang berdasarkan meter.

Perjalanan kitorg ke Silom mengambil masa hampir setengah jam dan tambang teksi termasuk surcaj adalah B350.

10.30 PM

Kitorg check-in di hotel Take A Nap. Harga hotel ni berpatutan dan dekat ngan pusat bandar. Lagi mudah, boleh book secara online dan biliknyer ada theme tersendiri. Kitorg memilih tema pub.

11.30 PM

Selepas berehat kejap di hotel, kitorg pun keluar clubbing di DJ Station.

02.30 AM

DJ Station tutup, kitorg sambung lak di G.O.D.


Thursday, 19 March 2009

Bermulanya 4 Bangkok

Hari ni bermulanya trip 4 Bangkok. Tapi yang sedih dan terkilan kerana dua org member kitorg x dapat join trip nie last-minute. Sungguh pun begitu, aku salute kat Azham kerana tiba tepat jam 4.00 petang di KL Sentral mengikut itinerary padahal aku sendiri pun belum sampai di situ.

Caesar pulak, kena bertugas di KK. Jugak tau last-minute. Namun, sungguh pun sedih tanpa cukup korum untuk melengkapkan 4Bangkok, aku dan my SD terus ke LCCT.

5.50 PM

Aku dan my SD menaiki bas di KL Sentral. Berat hati nak teruskan perjalanan.

7.30 PM

Sementara menunggu penerbangan pukul 8.30 mlm, kitorg makan di Mc D.


Tuesday, 17 March 2009

Video Eksplorasi Thailand 2001 hingga 2004

Dalam pada dok membelek2 album lama semasa mengedit itinerary 4 Bangkok , tiba2 terjumpa klip video ni yang dibuat pada tahun 2004 semasa aku dok study lagi di Kedah.

Klip video ni adalah petikan daripada klip2 video semasa trip aku ke Thailand dari tahun 2001 hingga 2004 bersama my SD. Yang best masa tu ialah perjalanan 20 jam dari Butterworth ke Bangkok dengan menaiki tren sebab time tu ni adalah cara paling murah untuk ke sana.

 


Monday, 9 March 2009

4Bangkok Itinerary

Pada 19-22 Mac 2009, aku bersama my SD dan dua org member (Azham dan Caesar) akan ke Bangkok. Kalau jadi, inilah first-time aku dan my SD gi trip bersama member. Menjelangnya 10 hari trip kitorg nie, inilah itinerary awal yang diplan. Aku harap memenuhi permintaan my SD supaya itinerary kali nie tak terlalu pack. To Caesar dan Azham, kalau ada apa2 yang nak ditambah atau dibuang, bagitau la.

Day 1 (Khamis, 19 MAC 2009)

04.30PM Berjumpa di KL Sentral
05.00PM Menaiki bas ke LCCT (fare: RM9)
08.35PM Menaiki flight FD3574
09.40PM Tiba di airport Suvarnabhumi.
10.15PM Menaiki teksi ke Silom. (fare: 100B/person)
11.15PM Check-in hotel.
12.00AM Clubbing di DJ Station.

Expenses KL Bangkok
Transportation RM9 100B

Day 2 (Jumaat, 20 MAC 2009)

Wat Traimit Wat Arun

OPTION A
10.00AM Menaiki teksi ke Hualamphong Train Station.(fare: 25B/person)
10.30AM Melawat Hualamphong Train Station.
11.00AM Melawat ke Wat Traimit (admission 20B).
Golden Buddha terbesar di dunia.
12.00PM Menaiki bot dari Tha Harbour Department (N4) ke Tha Chang (N9) (fare 13B)
OPTION B
11.00AM Menaiki tren BTS ke Saphan Takhin (CEN) (fare 25B)
12.00PM Menaiki Orange Express boat ke pier Tha Chang (N9) (fare 13B)
CONTINUE
12.30PM Melawat National Museum.
01.30PM Melawat Wat Mahathat.
Lawatan ke Amulet Market dibatalkan atas permintaan Azham.
02.15PM Melewati Sanam Luang.
Padang Diraja.
02.30PM Melawat Lak Meuang (admission free)
Dewa pengawal bandaraya Bangkok.
03.00PM Melawat Wat Pho (admission 50B)
Wat tertua dan terbesar di Thailand. Menempatkan reclining Buddha terpanjang di Thailand.
04.00PM Menaiki bot dari Tha Tien (N8) ke Tha Thai Wang (fare 3.50B)
04.30PM Melawat Wat Arun. (admission 20B)
Landmark of Bangkok.
05.30PM Menaiki bot balik semula ke Tha Tien (fare 3.50B)
06.00PM Sunset over Wat Arun.
  Menaiki teksi balik ke hotel (fare 50B/person)
07.00PM Patpong Night Bazaar.
09.00PM Go-go show.
11.30PM Clubbing at DJ Station & G.O.D.

Expenses Option A Option B
Transportation 95B 95B
Admission 70B 70B

Day 3 (Sabtu, 21 MAC 2009)

Wang Suan Pakkad Lingam Shrine

OPTION A
10.00AM Menaiki tren BTS dari Sala Daeng ke Phaya Thai (fare 25B)
11.00AM Melawat Wang Suan Pakkad (admission 100B).
12.30PM Menaiki tren BTS dari Phaya Thai ke Mo Chit (fare 30B)
OPTION B
11.00AM Menaiki tren BTS dari Sala Daeng ke Ploenchit (fare 25B)
11.30AM Melawat Lingam Shrine.
12.30AM Menaiki tren BTS dari Ploenchit ke Mo Chit (fare 40B)
OPTION C
12.00PM Menaiki tren Metro dari Samyan ke Kamphaeng Phet (fare 41B)
CONTINUE
01.00PM Chatuchak Weekend Market.
04.00PM Menaiki tren Metro dari Kamphaeng Phet ke Samyan (fare 41B)
04.30PM Berehat di hotel.
05.30PM Melawat ke Lumphini Park.
06.30PM Suan Lum Night Bazaar.
09.00PM Balik hotel dan berehat
11.00PM Clubbing at DJ Station & G.O.D.

Expenses Option A Option B Option C
Transportation 96B 106B 82B
Admission 100B - -

Day 4 (Ahad, 22 MAC 2009)

02.00PM Check-out hotel. Menaiki teksi ke airport Suvarnabhumi. (fare:RM10/person)
05.05PM Menaiki flight FD3573.
08.05PM Tiba di LCCT, Kuala Lumpur.
09.00PM Menaiki bas ke KL Sentral (fare: RM 9)

Expenses Bangkok KL
Transportation 100B RM9