Saturday, 30 May 2009

Melawat Ke Pasar Terapung Damnoen Saduak

Day 3, 30 Mei 2009 (Sabtu)

5.30 pagi

Seawal jam 5.30 pagi aku dan my SD dah bangun tido. Pagi ni kitorg akan ke Damnoen Saduak kira-kira 100 km dari Bangkok untuk melawat floating market. Trip hari nie turut dijoin oleh Zua dan Aie. Diorg nie sejak hari Khamis lagi dah ada di Bangkok dengan menaiki flight dari Penang. TQ so much kat Zua dan Aie sebab tolong confirmkan booking hotel sebelum kitorg sampai hari tu. Kalau tak mrasalah kitorg menginap dalam kereta.

6.15 pagi

Aku, my SD, Zua dan Aie berjumpa di lobby hotel. Dari situ kitorg menaiki kereta ke Damnoen Saduak melalui area Samut Sakhon dan Samut Songkhram di mana terletaknya pasar di atas landasan kereta api. Kitorg bertolak awal ke floating market sebelum pelancong dengan tour bus dari Bangkok tiba di sana.

8.00 pagi

Dua jam perjalanan, kitorg pun tiba dan parking kereta betul2 di sebelah floating market. Harga tempat parking berbumbung nie pun murah giler, cuma ±RM2.

Seterusnya kitorg negotiate harga boat, oppss bot untuk menyusuri pasar terapung nie. Mula2 dia meletak tambang RM20 seorang, lepas tawar-menawar, dapatlah harga RM10 seorang untuk tour selama sejam . Aku cuba menawar RM30 untuk satu bot, tapi dia tak setuju.

8.15 pagi

Aku, my SD, Zua (berbaju putih) dan Aie (berbaju hitam) pun menaiki bot.

Memandangkan kitorg tiba awal, masa nie cuaca masih belum panas dan bot kat floating market nie masih kurang.

Sambil menyusuri floating market, bot singgah di kedai2 souvenir yang terdapat di tebing klong (terusan). Nak tergelak jugak tgk gelagat tawar menawar kat sini.In fact sambil membeli-belah, boleh jugak menikmati buah mangga.

Harga souvenir kat sini boleh tahan mahal jugak kalau tak tawar. Ada ke mangkuk nie berharga sampai RM40. Aie masa mintak kurang harga, boleh lak makcik tu offer dia mangkuk yang kecik. Sama je kalau macam tu.

Just Dance by Lady Gaga....

Memandangkan kitorg tak breakfast lagi, bot kitorg singgah kat kedai kopi di sini. Order kopi pun dari dalam bot. Gula dalam bahasa Thai dipanggil nam taan.

Beginilah life kat floating market ni. Diorg bukan setakat menjual buah-buah, mahalan eh, malahan turut menjual masakan panas. Siap ada tong gas lagi dalam bot.

Ni adalah bahagian penghujung floating market.

Masa nie bot dah makin banyak kat sini.

Ni rakkha taurai, khrab?

My SD terpegun melihat kecantikan souvenir kat sini.

Ha...traffic-jam lak kat floating market nie.

Kitorg pun selamat sampai semula di tempat kitorg mula2 naik tadi.

Kat sini kitorg bergambar lagi.

Ni pulak di bahagian jambatan yang merentasi floating market.

Selepas tu, kitorg shopping kat kedai cenderamata bersebelahan floating market.

Yahooo... kitorg berjaya mengekplorasi pasar terapung Damnoen Saduak.


Related Stories Widget by LinkWithin

0 comments:


Post a Comment