Sunday, 31 May 2009

Istana Raja Narai di Lopburi

2.15 petang

Kitorg meninggalkan Ayutthaya dan memandu pulak ke Lopburi di bahagian utara Bangkok. Bandar Lopburi terletak 60 km dari Ayutthaya. Lopburi juga merupakan salah satu ibu kota lama Thailand seperti Ayutthaya.

Walaupun melalui jalan biasa, nombor dijalan dinyatakan dengan jelas.

3.00 pm

Lokasi pertama yang kitorg melawat ialah Phra Narai Rachanivej atau Istana Raja Narai. Istana ini dibina pada tahun 1688.

Sebaik saja masuk kawasan istana ni, terdapatkan water tank yang menyalurkan air ke kawasan istana menggunakan paip. Dari sini, jelas lah betapa maju kerajaan Lopburi ketika tu.

Walaupun tanpa tour-guide, korang tak perlu risau ke sini sebab setiap bahagian diberi maklumat dengan jelas.

Sebaik melepasi water tank, kitorg melompat kegembiraan. Perasan tak rekabentuk utama pintu ke istana ni berupa kubah masjid?

Ini pulak adalah pintu pagar yang mengelilingi istana Raja Narai ini.

Cuba bandingkan dengan pintu istana Grand Palace di Bangkok hari ni. Hampir sama kan?

Ini pulak di bahagian belakang istana. Bahagian ini dibina oleh Raja Rama ke-4 dinamakan Phra Pratiap. Di sini lah ditempatkan gundik istana yang mana orang lelaki tidak dibenarkan masuk ketika tu.

Di bawah ini adalah gambar yang diambil diDusit Sawan Thanya Maha Prasat. Bangunan ni adalah paling besar kat sini dan merupakan balairung seri. Pada masa dulu, Raja Narai bersemayam dan menerima utusan dari Perancis di sini.

Kelihatan semua tingkap dan pintu di sini berbentuk seperti kubah masjid berbeza dengan rekabentuk asli Thailand.

Menurut catatan utusan Perancis, bangunan ni adalah bangunan paling bergemerlapan ketika itu.

Di bawah ini pula adalah replika Raja Narai yang diletakkan di dalam balairung seri nie.

Dahulu, hanya Raja Narai je yang leh naik ke atas nie. Hehehe. Skang aku lak nak ikut jejak Raja Narai.

Aku kagum giler melihat besarnya istana nie dan betapa utuhnya bangunan ni hingga ke hari nie. Tentu gah giler kerajaan Narai ketika tu.

Ni adalah salah satu lagi pintu istana. Juga berekabentuk masjid. Kalau korunk nak tau, ada blog yang mengatakan bahawa Raja Narai ni adalah Hang Tuah dari Melaka. Sebab tu lah, semua binaan di sini bercirikan Islam. Dan blog tersebut mengatakan kerajaan Ayutthaya semasa itu adalah kerajaan Islam. Percaya atau tidak? Klik sini.

Yang ni pulak adalah Dewan Bankuet. Tak dapat aku bayangkan betapa cantiknyer kawasan ni masa pemerintahan Raja Narai.

Teringin nak jadi tetamu diraja, tapi dah terlambat.

Yang ni pulak adalah tempat simpanan harta karun. Peghhh, kaya giler.

 

Bukan aku lah yang kaya, Raja Narai. Hehehe.

3.45 petang

Kitorg pun meninggalkan istana Raja Narai. Lagipun kawasan ni ditutup pukul 4.00 petang.


Related Stories Widget by LinkWithin

0 comments:


Post a Comment