Sunday, 31 May 2009

Istana Bang Pa-In

Day 4, 31 Mei 2009 (Ahad)

10.30 pagi

Selepas mandi, kitorg keluar dari hotel dan drive menghala ke Bang Pa-In.

Perjalanan sejauh 70 km ini melalui elevated expressway ni yang bertol.

11.15 pagi

Kitorg tiba di Bang Pa-In dan terus parking kereta.Bayaran parking di sini cuma B20 saja.

Disebabkan kitorg belum breakfast lagi, kitorg pun singgah di gerai berhampiran. Aku tetap ngan teh ais. Entah la, aku suka rasa teh ais Thailand.

Seterusnya, kitorg melawat ke Bang Pa-In. Bayaran masuknyer adalah B30 untuk orang tempatan, dan B150 untuk foreigner. Kat Thailand mmg macam nie, tiket masuk untuk foreigner memang lain. Jadi, kalau nak dapat tiket murah, cakap bahasa Thai. Hehehe.

Ni adalah shrine dinamakan Ho Hemmonthian Thewarat di tepi tasik. Dibina oleh Raja Rama ke-5.

Ini pulak antara struktur utama di Bang Pa-In. Dinamakan Aisawanthipphaya-Asna. Juga dibina semasa Raja Rama ke-5. Asalnya dibuat dari kayu.

Yang menarik di istana Bang Pa-In ni ialah kawasan tasik di tengahnya. Kat sini boleh memberi makan ikan dan kura-kura.

Selain ikan dalam kolam, ada jugak anak ikan sami Buddha.

Kat belakang aku tu, adalah dewan Woraphatphiman. Ia penah digunakan sebagai balairung seri.

Bangunan ni dinamakan Phra Tina Utthayan Phumisathian. Bangunan ni bereka bentuk Barat.

Menara ni pulak dipanggil Ho Witthunthassana yang ada tiga tingkat.

Tangga berbentuk spiral ni membolehkan kita ke tingkat atas menara nie.

Jika dulu Raja Rama ke-5 menggunakan kawasan ni untuk mendapatkan pandangan atas kawasan istana Bang Pa-In, kali nie, kita pun boleh jugak.

Kebetulan masa kitorg kat atas menara ni, berlaku pertukaran pengawal istana. Pantang nampak askar.

Ni pulak adalah Wehat Chamrun. Bangunan bereka bentuk Cina. Bahagian dalam bangunan ni memang cantik giler, malangnyer, tak boleh ambil gambar atau video.

Ini bukan replika. Ni adalah salah satu askar yang baru bertugas selepas pertukaran tadi.

Yang nie bukan rumah atau restoran terapung. Ni adalah rakit diraja. Nampak je buruk dari luar, tapi dalam nyer, mewah habis.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Ayutthaya, kitorg berposing sekali lagi di depan Aisawanthipphaya-Asna.


Related Stories Widget by LinkWithin

0 comments:


Post a Comment