Friday, 19 December 2008

Meninggalkan Vietnam dan Balik Malaysia

Hari ni adalah hari terakhir kitorg di Vietnam. Cuaca di sini masih lagi sejuk dan kelihatan peniaga2 menjual pakaian tebal.

Sebelum balik, kitorg pun last-minute shopping. Kali nie kitorg ke Dong Xuan market.

Jam 3.00 petang kitorg bertolak ke airport dengan menaiki minibus dari Hanoi. Lebih kurang sejam kitorg pun tiba di Noi Bai International Airport, Hanoi.

Flight kitorg sepatutnya berlepas jam 7.15 tapi delay lak ke kul 8.30 mlm.

Sementara menunggu, aku update ler blog. Mengingat kembali hari pertama kitorg tiba di Vietnam, trip kali nie adalah superb. Wow.....


Thursday, 18 December 2008

Bermalam Di Halong Bay

Hari yang dinanti2 pun sampai. Kitorg akan ke Halong Bay. Tapak warisan dunia yang digazettekan oleh Unesco. Dari Hanoi, kitorg join tour ke sana. Pukul 8.30 pagi, kitorg bertolak.

3 jam perjalanan, kitorg tiba di Halong City. Dari situ, kitorg menaiki bot untuk ke Halong Bay. Lunch disediakan dalam bot tu.

Dalam perjalanan, kitorg dibawa melawat ke Thien Cung cave.

Selepas tu, kitorg pun meneruskan perjalanan ke Halong Bay.

Kemudian, bot kitorg berhenti dan kitorg menaiki bot kecil untuk melawat gua-gua lain.

Jam 5.00 petang, matahari mulai terbenam.

Beginilah keadaan bilik tidur kitorg dalam bot nie.

Cuaca pada ketika nie memang sejuk giler.

Selepas dinner, kitorg cuma lepak2 sambil menyanyi dengan pelancong lain. Kemudian kitorg pun tido dalam bot.

Keesokan harinya, kitorg bangun jam 5.30 pagi untuk melihat sun-rise. Kemudian kitorg berkayak di sekitar Halong Bay.

Kebetulan semasa kitorg berkayak, junk deluxe nie berlabuh sambil mengembangkan layarnya.

Kemudian kitorg bertolak balik ke Halong City. Lunch dan balik ke Hanoi. Kitorg tiba jam 4.30 petang di Hanoi dan balik ke hotel untuk rehat.

Sebelah malam, kitorg jalan2 sambil shopping.


Tuesday, 16 December 2008

Tiba di Hanoi

Setelah lebih 30 jam kitorg dalam keretapi, jamm 5.00 pagi, kitorg pun tiba di Hanoi. Cuaca di Hanoi sejuk giler kerana tengah musim winter.

Kitorg pun minum kopi di stesen keretapi dan kemudian mengambil teksi ke Old Quater, Hanoi, tempat kitorg bakal menginap.

Selepas check-in, pukul 7.00 pagi, kitorg pun berjalan kaki ke tempat menarik sekitar Hanoi. Motosikal di sini tak sebanyak di HCMC.

Tempat pertama yang kitorg melawat ialah Ho Chi Minh Mausoleum Complex. Di dalam bangunan inilah ditempatkan mayat Ho Chi Minh yang telah diawetkan.

Kemudian kitorg melawat ke Presedential Palace dan rumah Ho Chi Minh bekerja dan tinggal dahulu.

Kemudian kitorg berjalan kaki ke One Pillar Pagoda dan Ho Chi Minh museum. Ho Chi Minh lagi....

Jam 9.00 pagi, kitorg melawat ke Temple Of Literature yang merupakan universiti pertama di Vietnam.

Tak lengkap rasanya berjalan ke sini jika tidak join the locals. Masa ni, kitorg membeli goreng pisang yang dijual di tepi landasan keretapi.

Kemudian kitorg pun balik ke Old Quarter dan berjalan sekitar Hoan Kiem lake dan terus balik ke hotel jam 3.00 petang.

Sebelah malam, kitorg menonton water puppet dan kemudian balik hotel untuk tido. Esok, kitorang akan ke Halong Bay.


Monday, 15 December 2008

Bertolak ke Hanoi

Jam 10.00 mlm, kitorg tiba di stesen keretapi Saigon.

Tepat jam 11.00 mlm, tren pun bergerak meninggalkan HCMC. Sepanjang malam kitorg pun tertido.

Hari kedua di dalam tren, kitorg terjaga jam 8.00 pagi. Dan terus gosok gigi dan mencuci muka. Beginilah keadaan tempat tidur kitorg.

Jam 9.00 pagi, tren tiba di Dieu Tri.

Jam 2.00 petang pula tiba di Danang. Dalam perjalanan ke Hue, tren melalui kawasan pergunungan di tepi pantai.

Jam 5.00 petang, keadaan di luar mulai gelap. Kitorg masih di dalam tren dan akan sampai di Hanoi pada esok hari.Untuk menghilangkan boring, aku mengupdate blog.


Sunday, 14 December 2008

Hari terakhir di HCMC

Hari ketiga di Vietnam, kitorg bangun seawal jam 6.30 pagi. Apa taknyer, jam 8.30 pagi kitorg akan bertolak ke Chao Dai temple dan Chu Chi tunnel.

Kitorg memilih ke sana dengan join tour group yang diorganise oleh Sinh Cafe. Jam 8.30 pagi, bas pun bergerak.

Jam 11.30 pagi, kitorg pun tiba di Chao Dai temple.

Jam 12.00 tgh hari, satu upacara sembahyang diadakan di sini. Jam 12.30 tgh hari, bas pun bergerak dan singgah di restoran untuk lunch. Pastu bertolak ke Chu Chi tunnel.

Jam 3.00 ptg, kitorg tiba di Chu Chi tunnel.

Bukaan yang macam lubang di sebelah ini adalah salah satu laluan masuk ke terowong tersebut.

Dan beginilah keadaan dalam terowong Chu Chi bawah tanah. Panas, sesak nafas dan gelap gelita.

Lebih kurang sejam kitorg di sini, bas bertolak balik ke HCMC. Jam 6.00 petang kitorg tiba semula di HCMC. Malam ini, jam 11.00 malam, kitorg akan bertolak ke Hanoi. Dijangka tiba, lusa iaitu hari Selasa.


Saturday, 13 December 2008

Hari kedua di HCMC

Hari ni kitorg bangun tido jam 8.30 pagi. Terlewat bangun after clubbing di Lush seperti yang Azham cadangkan. Kitorg pun mandi dan terus breakfast.

Selepas tu, kitorg pun menaiki teksi ke Cholon. Cholon nie merupakan chinatown di HCMC. Tempat yang dikatakan menarik kat sini adalah pagoda. Sama seperti tokong cina di Malaysia.

Walaupun chinatown, di Cholon juga terdapat masjid. Bersebelahan sini ada restoran muslim. Makanan halal... Kitorg pun apa lagi, terus lunch di situ.

Setelah puas berjalan di Cholon, kitorg pun balik semula di pusat bandar dan terus ke pejabat pos utama Saigon. Bangunan rekabentuk menarik dan kitorg pun mengepos poskad.

Selepas tu, kitorg berjalan kaki ke Museum of Ho Chi Minh City.

Pastu pulak, kitorg pun ke Ben Thanh market untuk shopping sket2. Macam2 ada kat sini. Dari pakaian hinggalah ke biji kopi. Mengikut buku lonely planet, biji kopi Vietnam terkenal gak. Entahlah...

Jam 6.00 petang, kat sini dah gelap. Kitorg pun balik ke hotel untuk berehat sambil mengupdate blog. Esok, kitorg akan ke Chu Chi tunnel sebelum bertolak ke Hanoi.


Friday, 12 December 2008

Berlepas dan Tiba di Ho Chi Minh

Sebaik je gate dibukak, kitorg pun terus ler boarding plane.

Jam 10.00 pagi waktu Vietnam, plane dah nak mendarat. Kat sebelah ni adalah gambar yang dapat dirakamkan sebelum mendarat.

Jam 10.45 pagi, kitorg pun selesai mengambil beg dan terus menuju ke pusat bandar HCMC. Kitorg memilih naik bas saja.

Di Vietnam ni, pemandu nyer drive di sebelah kiri. Kat jalan raya lak penuh dengan motosikal.

Lepas check in hotel, kitorg ke Reunification Palace.

Jam 2.30 petang, perut rasa lapar giler. Ni je lah yang dapat kitorg makan sebagai lunch kat sini.

Lepas makan, kitorg ubah itinerary untuk melawat ke War Remnants Museum.

Lepas tu pulak, kitorg ke stesen tren Saigon untuk tempah tiket tren ke Hanoi. Masa ni hujan turun kejap di sini. Selepas dapat tiket, kitorg pun balik hotel.

Masa aku tengah update blog nie, my SD dok tido. Penat clubbing bersama Maksu, Danny dan Azham malam tadi, tak habis lagi kot.


Tiba di KLIA untuk ke HCMC

Hari ni, aku dan my SD telah pun tiba di KLIA untuk ke trip Vietnam 2008. Kitorg menaiki KLIA Ekspres dari KL Sentral jam 7.00 pagi sebaik je balik dari clubbing di BB.

28 minit menaiki tren, kitorg pun tiba di KLIA. Sementara menunggu flight, aku pun menghupdate la blog yang dah lama bersawang nie. X sabar nak ke Ho Chi Minh.