Saturday, 30 June 2007

International Queen Pageant 2007

Pada 1 Jun 2007, telah diadakan International Queen Pageant di Kuala Lumpur. Event gilang-gemilang ni sudah pasti adalah anjuran Ezzard Shinawatra.

Sorry guys pasal lambat nak mengupdate citer nie. Anyway, ni bukan untold story, naaaa....

Tiara IQP
Inilah dia mahkota yang menjadi ghebutan (rebutan) 31 oghang (orang) peserta yang mewakili pelbagai negaghra (negara) pada malam tersebut. (Uiksss, mcm narrator dalam DVD la pulak). "Suara pompuan mana yang diorg sewa nie ek", tanya Georgie. Hehehe. Tiara IQP
Beginilah persiapan peserta pada malam tersebut. Semua nampaknya x sabar2 lagi untuk berentap di pentas.
Yina Maspac Qaqak Najib
Event pada malam tersebut turut dihadiri oleh nama2 besar dalam industri nie. Antaranya ialahHanna Dean iaitu Miss Universe 2007. Imran sudah pasti gementar ketika menemuramah beliau. Kat bawah ni adalah gambar org kuat IQP dan juga tetamu VIP. Miss Universe 2007
Epool Miss Ginger Miss Congeniality Universe 2007 1st Runner Up Miss World 2006

Epool
(Emcee
)

Miss Ginger
( Floor Manager
)
Miss Congeniality Universe 2007
1st Runner-up Miss World 2006
Beginilah keadaan contestants sejurus sebelum round 1 (Casual Wear). Mlm tu diorg sumer kena pakai baju kaler pink/merah nie.
Contestants Contestants IQP 2007

Ini lah dia senarai pemenang subsidiary titles.
Crowning Glory-Turkey (Alyssa Sezen)
Body Beautiful-Argentina (Effy Zendra)
Elegant Queen-Singapore (Isis Natasha)
Congeniality Queen-Israel (Lupiter Luna)
Personality Queen-Thailand (Yayang)
Photogenic-Dominican Rep. (Alyssa)
Best Evening Dress-India (Shera Umika)

Crowning Glory
Body Beautiful IQP 2007 Elegant Queen 2007
Congeniality Queen 2007 Personality Queen 2007
Photogenic Queen 2007 Best/Creative Evening Dress

 

Ini pula adalah senarai Top 10 IQP 2007. Gambar ni diambil semasa sesi Q&A.

Israel

USA

Israel-Lupiter Luna Avargil
USA-Sofy Sofyana Nicole Smith
Thailand Dominican Republic
Thailand-Yayang Sherawat
Dominican Rep - Alyssas Alejandro
India Venezuela
India-Shera Umika
Venezuela-Kunikulala Martorez
Malaysia Spain
Malaysia-Julia Hana
Spain-Ana Karina Azalea Aniez
Ukraine Indonesia
Ukraine-Viviana Daniela Raiz
Indonesia-Setetes Kaseh Laila
Ini adalah petikan klip video Q&A (Top 10) yang menarik semasa IQP nie. Suka bila Shera cakap "Kejelitaan adalah hak milik setiap insan". Indonesia pulak, "Kita kan serumpun...." Viviana pun turut memberi jawapan yang mantap mlm tu. Hehehehe.
Berdasarkan jawapan yang diberi pada sesi Q&A di atas, cuma 5 orang saja yang akan dipilih untuk Top 5. Dan ini lah senarai mereka yang berjaya. Spain
India Indonesia
Thailand Malaysia
Ini pula adalah petikan klip video Q&A (Top 5)

Setiap dari mereka diberi soalan yang sama dan masa selama 2 minit untuk menjawabnya di atas kertas.

Inilah saat yang dinanti2 iaitu pengumuman keputusan dan crowning. Seperti mana2 pertandingan ratu cantik, pemenang tahun lepas akan membuat Final Parade terlebih dulu.

Ni lah pemenang tahun lepas iaitu Miss Senorita Chi Chi dari Greece. Walaupun berat untuk melepaskan mahkota kepada pemenang tahun nie, Miss Senorita kelihatan tenang je di atas pentas.

Ni adalah lambaian terakhir Miss Senorita selaku International Queen 2006.

 

Senorita Chi Chi of Greece
Miss Senorita Chi Chi International Queen 2006

4th Runner Up
Setetes Kaseh Laila (Indonesia)

Hadiah:
Wang tunai RM200
Barangan Tajaan
Jambangan Bunga & sash

4th Runner Up

3rd Runner Up
Julia Hana (Malaysia)

Hadiah:
Wang tunai RM300
Barangan Tajaan
Jambangan Bunga & sash

3rd Runner Up

2nd Runner Up
Ana Karina Azalea Aniez (Spain)

Hadiah:
Wang tunai RM400
Barangan Tajaan
Jambangan Bunga & sash

2nd Runner Up

Yang tinggal skang iaila Shera dan Yayang. Masing2 tentu berdebar2 menunggu keputusan.

Ini adalah gambar semasa keputusan tempat pertama diumumkan.

Shera & Yayang
Pengumuman Pemenang Yayang & Shera

1st Runner Up
Yayang Sherawat (Thailand)

Hadiah:
Wang tunai RM500 (tajaan Miss Sophea Marcella)
Barangan Tajaan
Jambangan Bunga & sash

1st Runner Up

International Queen 2007
Shera Umika (India)

Hadiah:
Wang tunai RM1000
Trip ke Kuching 3 hari 2 mlm (tajaan Miss Nurlea Laurielle)
Barangan Tajaan
Jambangan Bunga & sash

International Queen 2007
Ni adalah gambar2 semasa crowning. Crowning of International Queen 2007
Crowning After Crowning
Winners of IQP 2007 Pemenang IQP 2007
Ini adalah gambar sesi interview selepas crowning. Jelas bahawa semua peserta berpuas hati dengan keputusan.
Senorita Shera Yayang
Ana Karina Julia Hana Setetes Kaseh
Bukan peserta je yang puas hati ngan keputusan, penonton yg hadir pun puas hati. Ni adalah petikan daripada interview bersama penonton dan peserta.
Pujian seharusnya diberikan kepada committee IQP yang menjadikan majlis nie meriah habis. Terutama kepada Ejad selalu organiser. Miss Ginger tetap berpakaian vogue. "Haruslah, mak naik pentas", katanya. Hehehe.
Committee IQP 2007 Committee
International Queen 2007 International Queen 2007 International Queen 2007
Tahniah buat Shera dan semua pemenang IQP tahun nie. Yang x berjaya, boleh cuba lagi dalam Miss World 2007 yang akan diadakan pada bulan November nie. For more info, visit link nie. International Queen 2007

Saturday, 16 June 2007

Catatan Perjalanan A&W07

Jumaat, 1 Jun 2007
Buku Persiapan

Balik jer dari International Queen Pageant dan clubbing di La Queen, aku dan my SD terus berkemas barang-barang untuk A&W07 nie. Antara barang2 yg kitorg pastikan ada ialah passport, guide-book, toiletries dan sket baju. Kitorg bercadang untuk menglimitkan barang yg dibawa.

Sabtu, 2 Jun 2007 (Hari Pertama)

Awal2 pagi jam 6 kitorg dah bangun dan terus check-out hotel dan berjalan ke LRT Sultan Ismail. Kitorg bergerak terus ke Puduraya dengan harapan untuk mendapatkan tiket bas ke Butterworth. Semasa tren lalu Bgn Sultan Abdul Samad (Dataran Merdeka tuuuu), aku nampak kat situ ramai Mat Tera. Sempat lagiiii tuuuu. Baru aku teringat yg hari ni adalah hari Keputeraan DYMM Agong. Cuti umum!! Terlintas kat pikiran aku... "Adakah tiket untuk ke Butterworth ado lagi? Kan hari nie hari cuti". Aku salahkan my SD sbb x bookkan tiket awal2. My SD macam biasalah, cakap... "Jgn risaulahhh... tiket tentu ada".

Sampai je kat Puduraya, aku tgk kat kaunter2 kebanyakannya meletakkan label yg ditulis tangan (dah laaaa tulisan buruk, ada hati nak tulis tangan) "Perjalanan ke Utara, habis !!!" (Perlu ke letak sampai tiga tanda seruan kat label yg bertulis dengan tulisan buruk?"). Dalam pada dah tulis tu, kitorg pun tanya gak kat kaunter, kot-kot ado tiket lagi ke Utara nuuuu... Dah sah-sah nan ado.

Jam dah hampir kul 8.00 pagi. Tiket x dapat2 lagi... X dak cara lain, kitorg pun naik ke atas tanya teksi. Dalam perjalanan ke sana, ada 2 org nyonya (walaupun pangkat nyonya, tapi bergaya mengalahkan mak datin). Yg peliknya, diorg berbual berbahasa Malaysia dan apa yg aku faham, diorg nak ke Ipoh. My SD dengar jer Ipoh, terus cakap kat diorg, "Kita kongsi-kongsi satu teksi pegi Ipoh, mau ka?". Datin nyonya pun apa lagi, terus setuju.....

Kitorg dapat teksi ke Ipoh dengan caj RM200 bahagi 4 jadi sorang kena bayar RM50.... Dalam perjalanan aku tido jerrr sebab penat gilerrrr... Jam 10.45 pagi kitorg pun tiba di Medan Kidd (pemandu tu tersalah hantar, patutnya kitorg nak ke Medan Gopeng). Nasib baik kat Medan Kidd, ada bas ke Butterworth jam 11.15 pagi. Selepas sarapan, kitorg pun naik bas Kurnia Bistari ke Butterworth.

Dalam perjalanan aku x leh tido sbb risau kalau2 bas tiba lewat di Butterworth. Tren kitorg bertolak jam 2.20 ptg. Nasib baik, jam 1.45 ptg, kitorg selamat tiba di Butterworth dan terus ke stesen tren. Di stesen tren, aku sempat berjumpa ngan sorang kawan dari Penang dan dia hantar kitorg ke tren.

Tepat jam 2.20 petang tren International Express pun meninggalkan Butterworth. Lega sbb sempat gak naik tren nie walaupun plan asal dah lari sket. Adakah ini petanda buruk A&W07? Harap2nya x laaaaa...

Express International

Jam 6.00 petang (waktu Thailand) kitorg mula memasuki sempadan Thai. Berdebar2 gak sbb kawasan selatan nie kan tgh dok bergolak. Namun kitorg sempat turun di Hatyai untuk beli makanan ringan. Ingat lagi, roti ayam + gula. Sedap giler.

tren ekspres antarabangsa

Dalm tren, x de banyak yg boleh dibuat. Kitorg juz berborak2. Lagipun jiran tempat duduk kitorg memboringkan. Kitorg x layan sgt.... Lepas jam 9.30 mlm, tempat duduk ditranform jadi berth tempat tido... Dan kitorg pun terus zzzzzz......

rilek dalam tren
Ahad, 3 Jun 2007 (Hari Kedua)
breakfast dalam tren Kitorg bangun agak lewat... Jam dah pun pukul 8.00 pagi. Lepas gosok gigi (dengan x mandi), my SD buatkan Nescafe dan kitorg cuma sarapan roti, biskut ngan ikan bilis.
Hualamphong Jam 11.00 pagi, tren kitorg tiba di Stesen Kereta Api Hua Lamphong, Bangkok.
hua lamphong station hua lamphong station hua lamphong station (front)
Hualamphong Dalam MRT

Selepas tu kitorg pun berjalan ke stesen Metro (MRT) Hua Lamphong yg terletak betul2 di sebelah stesen kereta api tadi. Kitorg pun membeli one-day pass B120 (RM12) yg membolehkan kitorg travel ke mana2 stesen MRT sehari.

Dari MRT Hua Lamphong kitorg pun naik underground train ke MRT Silom. Tak sampai 10 minit, kitorg pun tiba di Silom. Silom ni lebih kurang macam Bukit Bintang. Di sinilah terletaknya Patpong (untuk shopping dan nonton Gogo Boys dan Thai Girls Show)

Thanon Suriwong Di lobby J House

Dari MRT Silom, kitorg berjalan kira2 500 meter ke Thanon Suriwong (gambar atas kiri). Kitorg memilih untuk menginap si salah satu hotel iaitu J House.

J House Room

Rumah penginapan ni memang murah iaitu cuma RM70 semlm dan bilik dia pun OK banget. Yg penting staff dan environment dia plu-frenly.

Tgk je laaa bilik dia. Siap bilik mandi yang see-through lagi.

Di Silom MRT

Lepas check-in, kitorg berehat jap dan kemudian berjalan kaki semula ke MRT Silom. Dari situ, kitorg menggunakan pass yg sama dan teruskan perjalanan ke MRT Chatuchak Park.

Minum di Chatuchak Park

Chatuchak ni adalah satu market yang besar yang dibukak cuma pada hujung minggu. Tempat nie mmg luas giler. Apa x nyer, sampai ada lebih 6000 gerai yg menjual mcm2 dari pakaian, brg perhiasan, buku, majalah, makanan, cenderamata hinggalah ke binatang peliharaan.

Kitorg pun sampai rambang mata....

phat thai udang galah

Dalam pada dok berjalan2 tu, perut lak rasa lapar. Baru teringat yg kitorg x lunch lagi...

Kitorg sempat merasai Phat Thai (mee) udang galah kat Chatuchak....

Sign dalam MRT

Lepas hampir 2 jam kitorg di sini, kitorg pun plan untuk balik semula ke Silom.

Dalam MRT balik ke Silom, aku terperasan lak sign nie. Kalau kat LRT kita, rasanya yg baju kuning tu x laaaa dapat keutamaan tempat duduk. Tul x? Imam pun x dpt keutamaan.

Setibanya di Silom, kitorg balik ke hotel dulu dan berehat dan mandi. Pada sebelah malamnya pulak, kitorg jalan2 di Patpong sambil menonton Gogo show. Jam 11 mlm, apa lagi... kitorg pun ke DJ Station. X sangka lak mlm Isnin mcm nie ramai giler org kat club tu. X cukup kat DJ Station, lepas jam 2 pagi kitorg sambung lak kat Guys On Display ikut sorang mamat Thai mana2 entah. Kitorg balik ke bilik rasanya lepas kul 4 pagi.

Isnin, 4 Jun 2007 (Hari Ketiga)

Jam 10 pagi baru kitorg bangun. Alamak!!! Terlepas tren. Kitorg sepatutnya naik tren jam 6 pagi tadi ke Aranyaprathet (pekan Thailand di sempadan Thai-Cambodia). Tu la pasal, clubbing lagi sampai jam 4 lebih. Aku dan my SD kebingungan sama ada nak amik tren berikutnya iaitu pukul 1 ptg atau tangguh ke hari esok.

Kalau amik tren 1 ptg, dah pasti kitorg sampai kat Aranyaprathet dah senja. Lagipun x selamat untuk melintas sempadan bila dah gelap. Lagi pun kitorg bercadang untuk kongsi teksi ke Siem Reap. Senja2 nanti, ado lagi ke org lain nak ke Siem Reap.

Lepas berbincang, kitorg pun gamble gak untuk amik tren jam 1 petang ke sempadan.

tren ke Aran

Kitorg x nak itinerary yg dah di set sebelum nie bercelaru. Kitorg pun terus kemas barang dah check-out hotel dan naik MRT ke Hua Lamphong. Di stesen kereta api tu, kitorg mendapatkan tiket ke Aranyaprathet yang terletak 300 km dari Bangkok. Tambang tren nie cuma  B48 (RM 4.80). Perjalanan dijangka memakan masa hingga 6 jam.

Tepi tren ke Aran
dalam tren ke Aran perjalanan ke sempadan Cambodia

Tren ke pekan sempadan nie cuma ada kelas tiga saja. So, jgn harap dapat naik tren yang ada aircond. Tempat duduk pun bebas. Perjalanan selama hampir 6 jam nie melalui kawasan kampung dan sawah padi. Tren bertolak tepat jam 1.05 petang. Memandangkan tren bergerak waktu tengah hari terik, keadaan dalam tren mmg panas giler. Aku dari pakai baju lengan panjang, terus tukar ke baju lengan pendek.

Jam 6 petang, kitorg pun sampai di stesen kereta api Aranyaprathet. Kitorg meninjau2 sekeliling, kot2 ada pelancong lain yg senasib ngan kitorg naik tren lewat.

Rupa2nya ada 3 org mat salleh yg turun tren yg sama dari gerabak yg lain.

Aranyaprathet

Kitorg pun terus berjumpa ngan diorg dan diorg pun rupanya menuju ke Siem Reap gak. Apa lagi, kitorg pun berbincang untuk berkongsi tambang teksi ke sana selepas memasuki Cambodia.

Dari stesen kereta api, kitorg menaiki tut-tut (motosikal taxi) ke pintu sempadan. Tambangnya B80 (RM 8) untuk sebuah tut-tut. Di pintu sempadan, kitorg x hadapi banyak masalah untuk keluar dari Thailand.

Selepas passport, distamp, kitorg pun berjalan ke Poipet (pekan Cambodia di sempadan). Jarak dari sempadan Thai ke Cambodia lebih kurang 500 m. Siap ada casino lagi di antara sempadan nie. Tak hairan la, tempat ni jadi tumpuan org Thai untuk berjudi. Kitorg rasa mcm di Genting Highlands lak. Masa tu pukul 6.30 ptg dan hari mulai gelap.

Sempadan Thai-Cambodia

Dalam dok berjalan2 tu, kitorg diapproach oleh seorang tout berbangsa Khmer (bangsa Cambodia) yg offer transport utk ke Siem Reap. Aku dan my SD rasa kurang selesa dan kitorg menolak cara baik dgn mengatakan kitorg dah ada trans. Tapi dia tetap mengekori.

Sampai saja di Poipet, kitorg pun terus ke pemeriksaan passport. Pun x banyak kerenah. Cuma perlu isi borang dan memandangkan kitorg dari Malaysia, kitorg dikecualikan dari bayar visa.

Kitorg menunggu 3 mat salleh tadi mengurus visa diorg hampir setengah jam. Tout tadi tetap setia dok sebelah kitorg dan x habis2 offer trans . Hampir jam 8 mlm baru 3 mat salleh tadi muncul. Kitorg berkenalan dan sorang dari mereka ialah Mike dari Switzerland. Lagi dua org adalah org Itali dan diorg couple.

Dari sempadan, kitorg menaiki bas percuma (disediakan kerajaan Cambodia) ke depo pengangkutan awam untuk ke Siem Reap yg terletak lebih kurang 1 km. Turut naik sekali, tout yang mengekori kitorg dan pengurus bas percuma tu. Jalan raya di Poipet tidak berturap (x ada tar) dan penuh debu dan lumpur. Miskin nyer negara nie.

Jam 8.15 mlm, kitorg tiba di depo tersebut. Sampai di depo, kitorg diberitau tambang teksi ke Siem Reap ialah U$130 (RM450). "No way, man" bantah si Mike. Baru aku tau yg dia ni suka negotiate. Tapi bagus laaa gak. Aku dan my SD x masuk campur. Last-last, kitorg dapat tambang U$115. Jadi seorang kena kluarkan U$23 (RM78). Ok la gak, sbb masih dalam budget awal kitorg yg jangkakan sorang kena kluarkan U$25.

Hampir jam 9 mlm baru kitorg naik teksi Camry warna putih yg penuh debu. Perjalanan sepanjang 160 km melalui kawasan jalan yg berbatu dan x de tar. Aku dan my SD dok depan sebelah pemandu. Mat salleh 3 org dok belakang.

Dah la jalan berbonggol2, aku ingat dapat laaa tido... tapi hampeh. Hampir jam 12 tgh mlm, kitorg pun tiba di Siem Reap. Mike dah awal2 lagi plan untuk tinggal di Prince Mekong Villa. Malangnya, pemandu teksi kitorg x tau lak kat mana letaknya guesthouse tu. Di tengah2 bandar Siem Reap, kitorg turun dari teksi dan cuba carik lokasi guesthouse tu dalam peta. X de gak. Tiba2 datang 2 org pemandu tut-tut.

Diorg mengoffer untuk hantar kitorg ke guesthouse yg kitorg cari dengan percuma. Tambah2 lagi diorg mengatakan yg diorg dari company yg sama dengan teksi yg kitorg amik. Kitorg pun apa lagi, terus je naik....

Dalam perjalanan, tiba2 pemandu tut-tut tu berhenti.

Driver:"Sir, actually I don't know where your guesthouse located."
Mike: "Man, juz now u said u can send us!"
Driver:"I'm new here and I don't know the way. Or maybe, the road to that place has already closed."
Aku: "Juz now u said u know!!" kluar singlish aku. My SD tgk jer. Nampak sgt pemandu tu menipu kitorg.
Driver:"Why not, if we send u to this guesthouse." sambil menghulur kad guesthouse lain.
Mike dah mula x puas hati. Dia pun turun dari tut-tut dan menuju ke arah beberapa org Khmer di tepi jalan dan tanya tempat guesthouse kitorg cari. Rupa2nya guesthouse tu terletak 100 m dari sini. Kitorg pun terus turun dari tut-tut tu dan check-in ke Prince Mekong. Malang tul nasib pemandu tut-tut. Boleh lak dia terhenti dekat2 guesthouse kitorg carik.

Memang betul cakap Mike yg Prince Mekong Villa ni ok. Kitorg cuma perlu bayar U$4 (RM 14) seorang untuk satu malam. Tambah2 lagi, harga tu termasuk breakfast, bicycle rent, plain water dan kain sarong. Kitorg check-in bilik yg sama dengan Mike. Couple dari Italy tadi masuk bilik lain. Lepas check-in, kitorg berbasikal ke bandar Siem Reap dan cuba carik gerai makan sbb lapar giler dengan x lunch dan dinner lagi.

Lepas makan, kitorg balik semula ke guesthouse dan zzzzzzz..... Cuba melupakan kesukaran pertama di Cambodia.

Selasa, 5 Jun 2007 (Hari Keempat)
berbasikal di Angkor

Kitorg sepatutnya bangun jam 5 pagi untuk melihat sun-rise di Angkor. Tapi sbb keletihan dan x cukup tido, kitorg cuma bangun jam 8 pagi. Lepas mandi dan sarapan, kitorg pun berbasikal sejauh 3.5 km ke pintu masuk Angkor Archaeological Park. Kitorg membayar U$40 (RM136) seorang untuk 3-day pass.

South Gate of Angkor Thom

Dgn pass tersebut, kitorg boleh mengexplore Angkor hingga 7 Jun. Dari pintu masuk tersebut, kitorg pun terus berbasikal memasuki Angkor. Matahari dah mula naik. Tapi nasib baik di kiri kanan jalan penuh dengan pokok merimbun. Teduh la sket.... Kitorg berbasikal kira 2 km dan baru lah ternampak Angkor Wat yang sekelilingnya moat (tasik).

 

Peghhhh, cantik dan besar giler. Tapi kitorg x nak melawat Angkor Wat nie dulu. Nak simpan hingga ke hari akhir. Dari simpang yg mengadap Angkor Wat, kitorg belok ke kiri dan melewati tepi moat dan berbasikal terus ke Angkor Thom.

South Gate of Angkor Thom

Dalam 15 minit, kitorg pun tiba di pintu masuk selatan Angkor Thom. Seperti Angkor Wat, Angkor Thom juga dikelilingi moat. Untuk masuk ke Angkor Thom, kitorg melintas tambak (gambar kiri). Di kiri dan kanan tambak terdapat patung2. Sebelah kiri ialah 54 patung dewa dan kanan pulak adalah 54 patung syaitan yang memegang badan naga berkepala 9.

Depan patung dewa
Depan patung dewa (mata leper)
Depan patung syaitan
Depan patung syaitan (mata bulat)

 

Bayon

Kitorg pun terus berbasikal melewati pintu gerbang Angkor Thom yg mana di atas pintu gerbang ni terdapat 4 ukiran wajah Jayavarman VII (raja yg pernah memerintah Angkor). Kira-kira 1.5 km dari pintu gerbang tadi, jam 11 pagi, kitorg tiba di Bayon.

Giant Faces of Jayavarman Ukiran muka Jayavarman
Bayon Towers Tower of Bayon
Bayon Temple

Beginilah rupa Bayon Temple dari kejauhan. Nampak mcm timbunan batu yg x ada kesenian langsung.

Tapi bila dah masuk ke dalamnya barulah keseniannya terserlah.

Dalam Bayon

Di dalam temple nie, terdapat 54 menara dan pada setiap menara tersebut diukir 4 wajah Jayavarman VII yang melihat ke arah utara, selatan, timur dan barat. Memandangkan ada 54menara, maka terdapat 216 wajah gergasi Jayavarman nie.

Bila berada dalam Bayon, aku rasa seolah-olah sedang diperhatikan. Apa tak nya, dongak je kepala, ada Jayavarman, pusing belakang, Jayavarman, pusing kiri, Jayavarman lagiiii.... Nasib baik laaa dia tersenyum. Hehehehe.

Bayon Bayon

Dah la temple nie penuh ngan batu-batu besar, matahari pulak betul2 kat atas kepala. Keadaan mmg panas gilerrrr....

Macam my SD cakap, macam bertungku lak bila berada kat Bayon.

Baphuon

Selepas bergambar dan ronda satu Bayon, kitorang berbasikal ke Baphuon.

Baphuon

Dari Baphuon, kitorg berbasikal ke kawasan terbuka melintasi Terrace of The Elephants dan Terrace of Leper Kings. Di terrace ini lah dulu pernah diadakan parade semasa zaman kegemilangan Angkor.

Terrace of the Elephants
Terrace of The Elephants
Terrace of Leper Kings
Terrace of The Leper Kings
Terrace of the Elephants
Preah Palilay

Selepas melawat terrace, kita berbasikal sekeliling Angkor Thom dan melawat Kleangs, Phimeneakas, Preah Palilay, Tep Pranam dan lain-lain. Pukul 5.30 petang, kitorg berbasikal keluar dari Angkor Thom melewati Bayon dan terus ke kaki bukit Phnom Bakheng.

Phnom Bakheng

Pukul 6 petang, kitorg mendaki bukit Phnom Bakheng untuk menikmati suasana senjakala dari puncak bukit.

Bukan kitorg saja, beratus-ratus pelancong dari pelbagai bangsa berkumpul di puncak bukit ni. Kitorg juga terserempak dgn pelancong dari Malaysia.

Di atas puncak bukit nie pun ada temple. X dapat bayangkan macam mana diorg boleh bina temple di atas puncak bukit nie. Kitorg nak daki pun dah tercungap2.

Phnom Bakheng

Pukul 6.15 petang, matahari mula terbenam. Selepas merakam sunset, kitorg berjalan turun dari Phnom Bakheng dan berbasikal balik ke guesthouse.

Phnom Bakheng

Laluan yang bertanda merah dalam peta di atas adalah laluan kitorg pada hari pertama di Angkor. Diharapkan esok kitorg masih bertenaga lagi untuk explore lagi.

Pada sebelah malam, kitorg berbasikal ke bandar dan lepak2 di Linga Bar. Lepas tu, kitorg balik dan zzzz....

Rabu, 6 Jun 2007 (Hari Kelima)

Kitorg bangun awal pagi jam 4.30. Itupun dikejutkan oleh Mike. Mike teringin sgt nak tgk sunrise dan kitorg dah berpakat awal2 untuk bergerak sama2 sepjg hari nie. Lepas sarapan pagi, kitorg mula berbasikal. Di ufuk timur dah mula kelihatan cahaya kemerahan. Alamak, matahari dah nak terbit!! Kitorg baru saja melintasi Hospital Kanta Bopha (Children's Hospital of Siem Reap). Mike mula melajukan kayuhan takut x sempat nak tgk sunrise.

Jam 5.15 pagi kitorg tiba di booth tiket. Memandangkan Mike belum lagi beli pass, kitorg menunggu dia menguruskan pass masuk. Lepas tu kitorg meneruskan perjalanan. Suasana dah mula terang. Jelas terbayang kekecewaan di muka Mike sbb x sempat nak tgk sunrise. Apa2 pun kitorg tetap dengan plan awal iaitu hari nie kitorg nak explore kawasan sebelah timur Angkor di luar Angkor Thom

Di persimpangan yg mengadap Angkor Wat, jika semlm kitorg membelok ke kiri, hari ni kitorg membelok ke kanan. Melewati Angkor dan terus berbasikal. Sambil berbasikal kitorg berborak sama sendiri. Macam2 topik terutama my SD kluarkan. Plan asal, kitorg nak tgk sunrise di Srah Srang. Dengar citer kawasan tasik nie mmg antara tempat menarik di Angkor untuk tgk sunrise. Walaupun matahari dah tegak, kitorg terus ke Srah Srang.

Kitorg melewati satu kawasan perkampungan Khmer. Kelihatan org tempatan kat situ dok sibuk dengan urusan harian. Ada yg sibuk di pasar, ada yg tgh makan sarapan dan ada yg berbasikal untuk keje di ladang. Kitorg berbasikal lagi.... dah mula penat.

Kira-kira 7 km kitorg berbasikal dari booth tiket tadi, tepat jam 6 pagi kitorg pun tiba di Srah Srang, sebuah kawasan tasik. Tasik ini dibina untuk tempat mandi diraja. Setibanya kitorg di sini, kitorg disambut oleh 3 org kanak2 Khmer.

Srah Srang

Budak 1 : "Sir, do you want coffee?"
Budak 2: "Sir, u buy these sirrrr..... "

Pandai diorg memujuk. Hati aku dengar pun mcm nak cair.... Kesian pun ada. Tapi aku x berminat nak beli apa2. Lagipun awal pagi. Aku pun terus meninjau Srah Srang.

Mike bercadang untuk berbasikal mengelilingi tasik. Aku dan my SD x berminat. Jadi, kitorg pun berbasikal ke satu kawasan temple di depan Srah Srang iaitu Banteay Kdei.

Lepas 15 minit, Mike berjumpa ngan kitorg semula dan kitorg pun meneruskan berbasikal. Matahari dah mula meninggi. Perjalanan hari nie mmg memenatkan sebab dari satu temple ke satu temple, jaraknya agak jauh.

Kira2 1.5km dari Srah Srang, kitorg pun tiba di Pre Rup. Monumen nie berbentuk mcm piramid dan mungkin digunakan sebagai tempat pembakaran mayat diraja dulu.

Kemudian kitorg berbasikal lagi 1.5km ke East Mebon, sebuah temple Hindu. Macam Pre Rup tapi saiznya kecik sket.

Seorang Tua di East Mebon

Dari East Mebon, kitorg berbasikal lagi 2.5 km dan tiba di Ta Som.

Ciri yang paling menarik di sini ialah pokok ni yang tumbuh menjalar di atas gopura (pintu) sebelah timurnya.

Ta Som

Dari situ, kitorg bergerak 1 km dan tiba di Preah Neak Pean pada jam 9.30 pagi. Ia terdiri daripada sebuah kolam besar (gambar kiri) dan dikelilingi oleh 4 kolam yang lebih kecik.

Tak dapat bayangkan betapa cantiknya kawasan ni semasa ia dipenuhi air suatu ketika dulu.

Neak Pean

Dari Neak Pean, kitorg pun berbasikal lagi 2.5km dan tiba di Preah Khan. Kawasan ni penah dijadikan universiti dan dikabarkan penah mempunyai lebih 1000 guru dan lebih 15 000 berkampung di sini untuk studi.

Preah Khan

Selepas tu, kitorg berbasikal jarak jauh dengan memasuki semula Angkor Thom melalui North Gate melewati Terrace of The Elephants dan kemudian membelok ke kiri dan kluar melalui Victory Gate. Dari situ kitorg melawat Thommanon, Takeo dan singgah di Ta Phrom pada pukul 4.30 petang.

Ta Phrom

Ta Phrom adalah yang paling menarik di Angkor apabila monumen ini seolah2 ditelan oleh hutan yang menjalar.

Lihat sajalah akar2 pokok nie yang menjalar.

Ta Phrom di telan zaman

Pokok yang menjalar di sini dikenali sbg Tomb Raider tree di mana Angelina Jolie penah berlakon di sini.

Tomb Raider

Selepas tu, kiranya tamatlah exploration hari nie. Kitorg pun berpatah balik masuk ke Angkor Thom melalui Victory Gate dan keluar melalui South Gate. Di situ kitorg berpecah dengan Mike sbb dia nak tgk sunset di Phnom Bakheng.

Kitorg pulak meneruskan perjalanan ke Angkor Wat dan singgah kat situ untuk menikmati sunset. Setelah matahari terbenam, kitorg pun balik ke guesthouse dan berehat.

Laluan yang bertanda biru dalam peta di atas adalah laluan kitorg pada hari kedua di Angkor. Berbanding dengan hari semalam, hari nie laluan kitorg di sini adalah jarak jauh

Pada sebelah malam, kitorg berbasikal lagi ke bandar dan dan shopping di Psar Chas. Pelbagai jenis barang dijual di sini antaranya pakaian, kain sutera, cenderamata dan lain2.

Psar Chas
Khamis, 7 Jun 2007 (Hari Keenam)

Hari ni kitorg bangun awal seperti semlm. Pukul 5 pagi kitorg breakfast tapi Mike awal2 lagi dah chow sebab nak tengok sunrise. Hari ni adalah hari terakhir kitorg di Angkor dan hari ni lah hari kitorg akan mengexplore Angkor Wat.

Sunrise at Angkor Wat

Kitorg berbasikal dan terus ke Angkor Wat. Setibanya kitorg kat sini, matahari baru terbit.

Air tasik yang ada dalam gambar sebelah adalah moat. Moat ini dibina mengelilingi Angkor Wat bertujuan melindunginya dari serangan musuh.

Moat at Angkor Wat

Pada zaman dulu, moat ini dipenuhi dengan buaya2 ganas.

Selepas menikmati suasana sunrise, kitorg pun terus menyeberangi tambak dan memasuki Angkor Wat.

Dalam Angkor Wat Dalam Angkor Wat
Churning of The Ocean of Milk

Pada bahagian dalam, dinding2nya tidak dibiarkan begitu saja. Batu2nya diukir dengan begitu cantik. X penah aku tgk ketekunan yang begitu teliti sebelum ni.

Gambar di sebelah (bukan yg baju hijau) tu adalah ukiran yang paling popular di sini iaitu Churning of The Ocean of Milk.

Cerita ini lah yang banyak mempengaruhi senibina Angkor yang mana dewa dan syaitan yang memegang badan naga sedang tarik menarik untuk menimbulkan gelora di laut. Kitorg mengelilingi dinding ukiran mengikut arah lawan jam dari barat, selatan, timur dan utara. Banyak ukiran2 ini mempunyai unsur agama hindu dan buddha selain menceritakan kehidupan rakyat dan raja Khmer pada masa itu.

Tangga ke Puncak Angkor Wat

Lepas tu kitorg pun naik hingga ke puncak menara Angkor Wat yang mana bumbungnya berbentuk mcm jagung nie. Nak naik ke sini punyalah seksa. Apa taknya, dah la tangga sedia ada curam, tangga baru yang dibina pun curam gak....

Pada zaman dulu, hanya raja sahaja dibenarkan naik ke atas.

Bergambar Berlatar belakang Angkor Wat Angkor Wat

Setelah melawat keseluruhan Angkor Wat, kitorg pun turun berjalan keluar. Dari banyak2 monumen dan temple yg kitorg lawat di seluruh Angkor, bagi aku yang paling menarik ialah Angkor Wat. Tidak hairanlah kenapa ia adalah tarikan utama di Angkor Archaeological Park nie.

Minum di Gerai Kitorg pun kembali ke basikal dan sebelum bertolak pulang, kitorg singgah di gerai untuk menghilang dahaga.
Sampai saja di guesthouse, kitorg pun terus kemaskan barang dan check-out pada jam 12.00 tgh hari.
Bas ke Phnom Penh Jam 1.30 petang, kitorg pun naik bas nie untuk ke Phnom Penh. Perjalanan ke ibu kota Cambodia ni memakan masa 6 jam dan melalui so-call highway yang ada kereta lembu di tengah jalan.
Bas ke Phnom Penh Ini pula adalah makan eksotik yang ada di sekitar bas stand tu. Nampak menyelerakan tambah2 kitorg tak lunch lagi nie. Hehehe
Pasar Minggu Bukan tu saja, siap ada pasar minggu lagi di highway nie. Dan boleh bas nie berhenti dan membenarkan penumpang turun untuk membeli sayur. Hehehehe.

Kira-kira jam 8 mlm kitorg pun tiba di Phnom Penh. Dari bandar kitorg menaiki tut-tut dan terus ke Boeng Kak Lake untuk penginapan. Malamnya kitorg cuma berehat di guesthouse sambil lepak di cyber cafe.

Jumaat, 8 Jun 2007 (Hari Ketujuh)

Jam 8.00 pagi selepas bangun tido, kitorg pun breakfast di restoran dalam guesthouse kitorg menginap.

Yang best nyer, kitorg dapat sarapan betul2 di tepi tasik Boeng Kak.

Boeng Kak Lake

Selepas sarapan, kitorg pun menaiki tut-tut dan menuju ke pusat bandar Phnom Penh. Bandar Phnom Penh nie mmg panas gilerrrr... Rasa nak terbakar je kulit. Apa x nyer, suhu semasa kitorg kat sini 35'C. Mungkin sebab time ni adalah penutup musim panas di Cambodia.

Tut-tut Phnom Penh

Setibanya di pusat bandar, kitorg mencari tempat untuk menyewa motosikal. Kitorg menyewa motosikal kapcai untuk U$ 4 (RM 14) untuk 24 jam.

My SD memandu motosikal nie dan aku dok kat belakang baca peta.

Jalan di Phnom Penh yg mudahnya sbb kebanyakan nama jalannnya menggunakan nombor. Kalau gunakan nama orang, tak tau laaaa sama ada kitorg jumpa jalan balik atau tak.

Pukul 10 pagi, kitorang tiba di National Museum of Cambodia. Selepas membayar tiket masuk U$ 3 (RM 10) seorang, kitorg pun masuk ke dalam bangunan yang berwarna merah nie....

Dalam bangunan banyak pameran zaman Angkor termasuk salah satu kepala patung yang terdapat di tambak ke pintu masuk Angkor Thom.

National Museum

Hampir sejam kitorg di situ, kitorg pun naik motor dan bertolak ke Wat Phnom.

Jam 11.30 kitorg tiba di sini. Wat Phnom nie terletak di atas bukit dan untuk ke sana kena naik tangga nie. Siap kena bayar U$1 lagi untuk melawat wat nie.

Di kaki bukit ke Wat Phnom

Tak de banyak yg menarik di sini, selain daripada melawat wat. Tapi kitorg terserempak dengan gajah nie semasa berada di kaki bukit wat nie.

Gajah di Wat Phnom

Selepas tu, kitorg pun menunggang motor dan pegi ke post-office untuk mengirim poskad.

Dari situ kitorg pun teruskan perjalanan lagi dan melewati Independence Monument.

Plan asal nak melawat ke Grand Palace, tapi memandangkan skang adalah waktu rehat bagi ofis kerajaan di sini, kitorg mengubah haluan ke Psar Tuol Thom Pong. Waktu rehat diorg nie panjang dari 11.30 pg sampai ke 2 ptg. Best giler.

Kat sini, macam2 ada. Lebih kurang mcm Chatuchak di Bangkok cuma kecik sket.

Jam baru 1 petang. Grand Palace x bukak lagi nie. Kitorg pun meneruskan perjalanan ke Tuolsleng Genocidal Museum.

Nak kata museum, entah laaaa... mcm penjara. Di sinilah tempat yg menyaksikan penyeksaan mangsa semasa pemerintahan Pol Pot.

Tuol Sleng Museum
Tuol Sleng Gambar mangsa di Tuol Sleng

Tuolsleng ni dulu asalnya sebuah sekolah. Masa Pol Pot memerintah, dia jadikan tempat nie penjara dan menyeksa mangsa2. Masih ada lagi katil yg penah digunakan pada masa tersebut termasuk gambar semasa mereka menyerbu Tuolsleng nie.

Memang menakutkan sampai meremang bulu roma. Seolah2 mereka yg penah diseksa di sini, memerhatikan kitorg. Tambah2 lagi semasa kat bilik kelas yg dijadikan penjara (gambar kanan).

Penjara di Tuol Sleng

Lepas melawat Tuol Sleng, kitorg meneruskan perjalanan ke Grand Palace dan Silver Pagoda.

Grand Palace dan Silver Pagoda nie terletak di dalam compound yang sama dan bayaran tiketnya U$ 3 (RM 10)

Pagar ke Grand Palace & Silver Pagoda

Grand Palace ni merupakan istana raja Cambodia dan masih digunakan hingga hari nie. Macam Istana Negara laaaa cuma kat M'sia kita x boleh masuk.

Kat sini kita boleh melawat hingga ke dewan pertabalan (balairung seri) tetapi fotografi x dibenarkan dalam dewan tu.

Grand Palace

Silver Pagoda

Wat Pagoda

Ini pulak adalah kawasan sekitar Silver Pagoda. Terletak betul2 bersebelahan Grand Palace, Silver Pagoda ni menyerupai Wat Phra Kaeo (Temple of Emerald Buddha) di Bangkok. Walaupun namanya Silver Pagoda, tapi patung buddha dalam tu diperbuat daripada emerald (zamrud).

Struktur yg berwarna putih dalam gambar atas kanan nie adalah chedi. Lebih kurang mcm kubur laaa di mana abu mayat keluarga diraja disimpan.

Lebih kurang sejam kitorg berada di situ, kitorg pun naik balik motor dan parking di Sisowath Quay yang terletak betul2 di tepi Sg Mekong.

Gambar sebelah nie bukan gambar anak ikan naaaa... Hehehe. Ni sorang budak Khmer yg menjual offerings untuk dipersembahkan kepada buddha. Kebetulan petang tu ada satu perayaan di Phnom Penh.

Keadaan di Sisowath Quay mmg ramai giler. Org Khmer mmg suka lepak2 kot kat sini masa hujung minggu.

Budak Khmer

Lebih kurang pukul 6 petang, kitorg mengikut river cruise di Sg Mekong. Harganya U$15 untuk sebuah bot. Memandangkan hanya kitorg jer petang tu, jadi cuma aku dan my SD jer dlm bot sepanjang cruise.

River Cruise at Mekong

Bot nie menyusuri Tonle Sap dan kemudian mudik Sg Mekong sebelum berpatah balik pada waktu senja. Kitorg berpeluang menikmati sunset di Sg Mekong.

Grand Palace from Mekong

Selepas tu, kitorg pun bertolak balik ke guesthouse kitorg menginap sebab hari dah mulai malam. Memandangkan guesthouse kitorg berdekatan dengan masjid, inilah kali pertama kitorg dapat menikmati makanan halal. Apabila terus terkam ayam dan daging! Hehehe.

Mee Cambodia

Lepas dinner, kitorg lepak di bilik sambil berehat dan tido jap. Menjelang jam 10 mlm, apa lagiii... time untuk clubbing. Lepas bersiap2 kitorg pun naik motor ke club Heart of Darkness.

Cuba bayangkan, ni first-time kitorg pegi clubbing naik motor kapcai. Dah tu pulak, parking motor betul2 depan club tu. Ingatkan kitorg jer, rupa2nya dah banyak motor kapcai lain. Hehehehe.

Clubbing kat situ mmg best giler. Aku pun x ingat kul baper kitorg balik dan bagaimana my SD boleh bawak balik motor tu ke guesthouse. Dia bukannya pandai baca peta. Hehehehe. Sorry my SD.

Sabtu, 9 Jun 2007 (Hari Kelapan)

Kitorg terbangun lewat. Dah pukul 10 pagi. Tu la pasal, clubbing x ingat lagi. Kitorg plan untuk ke Killing Fields of Choeung Ek yang terletak agak jauh dari Phnom Penh. Kebetulan lak, ada sorang pemandu motor setuju hantar kitorg ke sana dengan bayaran U$5 (RM17).

Memandangkan kitorg kena pulangkan balik motor, pemandu tadi ikut kitorg ke Lucky! Lucky! Kat situ, kitorg pun pulangkan balik motor kapcai semalam (Gambar sebelah). Dari situ, kitorg naik sebuah motor 3 orang. Kat Cambodia ni bukan satu kesalahan. My SD di tengah, aku di belakang.

Motor Kapcai Lucky! Lucky!

Kira2 setengah jam dari bandar, kitorg pun sampai di Killing Fields nie. Kitorg ke booth tiket dan membayar U$ 2 (RM7) seorang untuk tiket masuk. Bila staff kat situ nampak kamera video aku, dia menyuruh aku membayar U$20 (RM68). Terkejut aku dan berkali2 aku cakap yg camera ni untuk personal use, last2 dia bagi kitorg masuk. Selamat U$20 aku.

Killing Fields

Choeung Ek ni merupakan tempat pembunuhan mangsa yang dibawa dari penjara Tuol Sleng yg kitorg lawat semlm. Sayu rasa hati bila berada kat sini.

Ada banyak mass grave kat sini.

Mass Grave di Killing Field

Paling sedih bila berada di killing tree. Kat sinilah, budak2 kecil dipegang bahagian kakinya dan kemudian diayun dan badannya dihempas di batang pokok nie sampai mati. Lagi menyedihkan, bila pembunuhan tu dilakukan di depan ibu budak tu sendiri.

Lagi satu ialah magic tree yang mana kat situ disangkut pembesar suara yang memainkan bunyi yang kuat untuk mengelakkan jeritan mangsa semasa dibunuh didengari. Giler kan zaman Pol Pot dulu.

Gambar nie diambil di depan deretan demi deretan tengkorak manusia yang disusun bertingkat2. Ini adalah sebahagian daripada tengkorak mangsa pembunuhan yang ditemui dari mass grave di sini.

Bagi aku, pembunuhan macam ni masih lagi berlaku hari nie.

Tengkorak di Killing Field

Tak banyak yg boleh kitorg lawat kat sini. Setelah setengah jam berada di tempat yg sunyi nie, kitorg pun bertolak balik ke guesthouse. Sampai je kat bilik, kitorg terus kemas2 barang dan check-out.

Kitorg berjalan kaki ke restoran makanan halal semlm. Kitorg lunch di situ dan arrange kenderaan untuk ke airport. Jam 1.45 petang, kitorg pun bertolak ke airport. Tambangnya cuma U$7 (RM24).

Phnom Penh International Airport dekat je ngan bandar. Perjalanan ke sini dari restoran tadi cuma memakan masa 20 minit. Setibanya di sini, kitorg pun terus check-in dan tunggu flight ke KL jam 4.30 petang

Phnom Penh International Airport

Yang best nyer, kitorg dapat pesawat Air Asia yang baru nie.... Tepat jam 4.30 petang, kapal terbang meninggalkan Phnom Penh. Dari dalam kapal terbang, aku masih dapat membayangkan kesibukan bandar Phnom Penh yang melambangkan ketabahan rakyatnya membangunkan negara.

Dalam plane balik KL

Berada 6 hari di Cambodia memang memenatkan tetapi menyenorokkan. Tima kasih kepada my SD yang telah menjadikan A&W07 ni satu realiti. Ini adalah trip yang paling menyeronok berbanding trip aku sebelum ini. Pengalaman di Cambodia tidak akan dilupakan.

Phnom Penh dari Udara