Friday, 18 August 2006

Indonesia 2006 (The Journey)

Jumaat, 18 Ogos 2006
3.30 petang

Setelah semua barang2 dipack, terutamanya buku itinerary dan passport, kitorg pun bertolak ke KL. Setibanya di KL, kitorg pun check-in hotel dan terus lepak2 di Bukit Bintang sbb dah janji ngan kawan nak jumpa kat sana. Kul 1.00 pagi baru kitorg balik hotel.... Kemas barang dan terus tido. Zzzzz....

Hari Pertama (Sabtu, 19 Ogos 2006)
5.00 pagi

Kitorg bangun tido dan check barang2. Aku bawak beg knapsack dan my SD bawak beg kamera aku. Lepas mandi, kitorg pun bertolak ke Bangsar dan parking kereta kat situ. Naik LRT ke KL Sentral.

7.00 pagi
Menaiki Skybus ke LCCT. Ada promotion bulan Ogos katanya. RM9 untuk perjalanan pergi-balik. Dah perjalanan sambung tido sbb tak cukup tido. ZZzzzz....

8.10 pagi
Tiba di LCCT. Tengok di skrin pelepasan, flight kitorg retimed pulak, jadi kitorg pun terus sarapan pagi sebab dah lapar giler. Lepas sarapan kitorg pun check-in.

9.50 pagi
Naik pesawat. Kapal terbang berlepas meninggalkan LCCT pukul 10.30 pagi. Terlewat sebab ada passengers tersalah masuk plane. Kelakar giler.

11.40 pagi (Waktu Indonesia Barat)
Tiba di airport Sukarno-Hatta, Jakarta. Nampak lengang giler airport nie macam dilanda garuda. Kitorg terus ke pemeriksaan imigresen. My SD suruh aku sorok my HDV camera takut2 kena tax Rp.1 juta.

12.30 petang
Selesai amik bagasi dan tukar wang Rupiah, kitorg terus mencari bas Damri untuk ke Jakarta Pusat. Seelok2 je tiba di terminal airport-bus, bas Damri tu pun sampai. Kitorg pun naik dan tambang untuk ke Stasiun Gambir (Stesen Kereta Api Gambir) hanya Rp.15,000 seorang. Kalau naik teksi mau kena sampai Rp. 120,000 satu kereta. Dalam perjalanan banyak bendara Indonesia sana-sini sebab Indonesia lepas meraikan kemerdekaan ke-61 pada 17 Ogos 2006.

1.30 petang
Kitorg tiba di Stasiun Gambir dan terus tempah tiket untuk ke Yogyakarta esok. Tambangnyer Rp.220,000 seorang. Kemudian kitorg pun terus mengambil teksi untuk ke Jalan Jaksa. Kitorg memilih Jalan Jaksa sebab kat sini banyak hotel penginapan yang berpatutan.

2.00 petang
Kitorg check-in hotel Le Margot (Rp.170, 000 + breakfast) dan my SD berehat sampai melelapkan mata. Aku pulak terus mandi dan siap2 untuk ke Taman Impian Jaya Ancol.

4.30 petang
Tiba di Taman Impian Jaya Ancol. (Tambang teksi: Rp.22,500). Kitorg terus membeli tiket untuk memasuki Dunia Fantasi (DUFAN) di loket (kaunter) dengan harga tiket Rp.85,000


Baru tiba di DUFAN

Kora-kora (Perahu Ayun)

Halilintar (Roller-coaster)

Istana Boneka dengan 1001 kenangan.

Makanan Indonesia sebaik kluar dari DUFAN

6.00 petang
Suasana mulai gelap. Kitorg ingat hujan akan turun, rupa2nya telah pun masuk waktu Maghrib di sini.

8.00 malam
Kitorg pun balik ke hotel dan berehat2 sambil menonton final Indonesian Idol.

11.00 malam
Kitorg bertolak ke Jalan Hayam Wuruk untuk clubbing di Stadium. Stadium ni bukannyer stadium bola sepak. Cuma nama clubnyer Stadium. Club ni ada 4 tingkat dan tingkat paling atas adalah lagu2 house dan techno. Dibuka 24 jam mulai hari Khamis hingga Isnin. Giler tul.... Kitorg lepak di situ hingga pukul 3.00 pagi. Pastu makan bihun goreng kat warung tepi jalan. Ada dua remaja laki datang sambil ketik gitar dan nyanyi lagu... Sedap gak suara diorg sambil diselang-seli ngan kata2 "Derma laaaa..."

Hari Kedua (Ahad, 20 Ogos 2006)
1.00 petang

Kitorg terbangun lewat sebab penat giler semlm. Mandi2 dan check-out hotel. Kitorang pun terus lunch kat sebuah restoran nasik padang di Jalan Jaksa.

2.00 petang
Menaiki teksi ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII).

2.45 petang
Tiba di TMII. (Tambang teksi Rp. 30,000). Bayaran masuk untuk ke TMII ni Rp. 9,000 seorang. Seelok je turun dari teksi kitorang pun terus ke stesen Skylift Indonesia (kereta kabel). Harga tiket Rp. 20,000. Gambar ni diambil semasa beratur nak naik Skylift tu.

Lama giler gak nak tunggu giliran naik Skylift tu.Ada dekat setengah jam. Kitorg berhenti di stesen pertama iaitu betul2 berdekatan dengan kawasan Papua. TMII ni sebenarnya mirip ngan Mini Malaysia di Melaka, tapi luas giler. Selain kereta kabel, ada gak monorel. Kitorg tak sempat nak jalan habis di TMII.

Gambar ni diambil di depan Istana Anak-anak Indonesia. Macam di Disneyland pulak. Memang cantik giler bangunan ni. Tambah2 lak ada 3 maskot comey yang mintak "Kantungnya perlu diisi yer Pak... ". Nak bergambar ngan diorg nie, kena la isi kantung besar kat perut diorg tuh. Hehehehe.

Lepas tu, kitorg melawat dari rumah ke rumah. Ada rumah Sulawesi, Kalimantan, Sumetera dan banyak lagi.

Gambar ni diambil sebelum kitorg balik. Jam dah pun dekat  5.00 petang. TMII ni ditutup kul 5.00. Ni adalah di depan pintu masuk ke Muzium Indonesia.

 

5.15 petang
Bertolak balik ke Jalan Jaksa.

6.00 petang
Kitorg tiba di Jalan Jaksa. Masa ni baru masuk waktu Maghrib. Kitorg check-in di sebuah bilik hostel murah just untuk mandi dan berehat.

7.15 malam
Kitorg berjalan kaki ke Stasiun Gambir dan menaiki tren Argo Lawu untuk ke Yogyakarta

8.00 malam
Tren meninggalkan Stasiun Gambir. Kitorg diberikan selimut, roti dan air mineral. Keadaan tren ni memang selesa. Aku dan my SD membuat duty-roster untuk menjaga barang. Hingga pukul 11.30 mlm, my SD tido dan aku jaga barang.

11.30 malam
Aku mengejutkan my SD dan time untuk aku tido pulak.

Hari Ketiga (Isnin, 21 Ogos 2006)
3.00 pagi
Kitorg diberikan teh manis (teh o panas) dan diberitahu bahawa tren menghampiri Yogyakarta.

3.30 pagi
Tren tiba di Stasiun Tugu, Yogyakarta. Setibanya di sini, kitorg terus mendapatkan teksi untuk ke candi Borobudur yg terletak kira-kira 60 km. Tambangnya Rp.125,000

4.30 pagi
Tiba di pintu masuk candi Borobudur. Kitorg dihampiri oleh 2 org penduduk tempatan yang menawarkan khidmat untuk membawa kami masuk ke dalam kawasan candi bagi melihat suasana matahari terbit. Tapi harga yang diorg tawarkan agak tinggi berbanding harga yang kitorg penah survey dari Internet. My SD call hotel Manohara kerana kat situ pun ada ditawarkan tour berkenaan. Harga yg ditawarkan oleh hotel tu ialah Rp.221,500. Harga tersebut termasuk sunrise tour, breakfast dan bayaran masuk candi (U$11). Kitorg pun berjalan kaki ke hotel berkenaan.

4.45 pagi
Selepas membuat pembayaran, kitorg dihantar ke pintu masuk candi menggunakan van. Sebaik saja tiba, kitorg pun terus ke menaiki tangga untuk ke puncak candi. Masa kitorg tiba, dah ada dekat 15 orang di situ. Majoriti pelancong asing dan yang selainnya ialah tour-guide.

Gambar ni diambil sebaik saja tiba di puncak candi. Kelihatan suasana masih lagi gelap gelita.
Berginilah keadaan semasa matahari mulai terbit.Yang menariknya, matahari terbit dari Gunung Merapi di kejauhan. Kelihatan asap keluar dari gunung berkenaan yang masih lagi aktif.
Detik matahari terbit di candi Borobudur.
Pelancong asing yang turut menyertai sunrise-tour
7.00 pagi
Lepas menikmati suasana matahari terbit, kitorg balik ke hotel Manohara nak menikmati pulak sarapan pagi. Ni adalah antara menunya iaitu pisang goreng keju. Sedap siotttt....
7.30 pagi
Selepas bersarapan pagi, kitorg balik semula ke candi Borobudur untuk melihat lebih dekat lagi binaan yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.

Kitorg naik dari tingkat ke tingkat hingga ke yang paling atas.

Jalan masuk ke candi. Cantik giler.
Set tripod untuk amik video.
Ukiran pada dinding candi (Tingkat 2)
Binaan yang macam loceng ni dinamakan stupa. Di dalam tu terdapat patung Buddha.
Gambar ini diambil sebelum kitorg meninggalkan candi Borobudur.

8.30 pagi
Kitorg meninggalkan candi Borobudur dan sewa beca untuk ke candi Pawon dan candi Mendut (Rp.20,000)

Gambar ini diambil di hadapan candi Pawon. Dalam candi ini tak ada apa2.
Ini pula adalah candi Mendut. Dalam candi ini terdapat patung Buddha dan ia digunakan sebagai kuil pada hari ini.
Semasa berada di candi2 ni, peniaga akan mengerumuni sambil menjual barangan kraftangan. Kadang2 diorg ni macam memaksa kita untuk membeli. Kesian pun ada gak.

10.00 pagi
Kitorg menaiki bas untuk ke Yogyakarta (Tambang: Rp.20,000). Dalam perjalanan aku tertido.

12.00 tgh hari
Kitorg turun di tepi jalan sebab bas tidak menghala ke bandar Yogyakarta. Kitorg nampak sebuah beca dan pemandu nyer tengah tido. Kitorg pun meminta pakcik tu menghantar kitorg ke Jalan Sostrowijayan. Dia pun setuju dan terus kitorg pun naik beca tu. Dalam 10 minit, tiba2 pakcik tu menyimpang ke jalan kampung. My SD kata mungkin dia nak ikut jalan pintas. Tiba2 my SD ternampak sign-board, kampung Cokrowijayan. Lor .. lorr ..lorrr, my SD kata, sah-sah pakcik ni salah dengar. Aku pulak rasa memang kena ikut jalan nie. Tiba2 lak, pakcik tu tanya, "Mau ke rumah yang mana?" Lor .. lorr ..lorrr, kitorg bukan nak ke Cokrowijayan. Nak ke Sostrowijayan.... Kelakar giler.... Last2 kitorg suruh pakcik tu hantar kitorg ke jalan besar.

12.45 petang
Naik teksi ke Jalan Sostrowijayan, Yogyakarta. Kitorg check-in di sebuah hotel kat sini. Kitorg memilih area ni sebab berdekatan dengan Jalan Malioboro

4.00 petang
Kitorg menyewa sebuah motorsikal (Rp.70,000 untuk 24 jam).

4.15 petang
Bertolak ke Candi Prambanan dengan menaiki motorsikal.

5.00 petang
Tiba di pintu masuk ke Candi Prambanan. Kitorg terus ke loket untuk membeli tiket kerana pada pukul 6.00, kawasan candi ini akan ditutup. My SD cakap bahasa Jawa dengan penjaga kaunter tersebut. Jadi kitorg dapat harga tiket masuk tempatan iaitu U$1 (Rp.9,000). Kalau tak, kena U$11,000(Rp.99,000).

Beginilah rupa candi Prambanan. Ketika ni kawasan candi dipagar kerana kerja pemulihan sedang dijalankan sebab berlaku kemusnahan ketika gempa bumi baru2 ni.
Berbeza dengan Borobudur, candi Prambanan mempunyai unsur-unsur agama Hindu pada binaannya.

Kitorg lepak di situ hingga matahari terbenam. Sunset di sini memang syahdu giler.

6.00 petang
Hari mulai gelap.... Kitorg meninggalkan kawasan candi dan terus ke restoran nasi Padang di pekan Prambanan.

7.00 malam
Kitorg merayau sekitar kawasan candi Prambanan sebab nak tengok persembahan Ramayana Ballet. Kul 7.30 malam tak nampak pun kelibat saper2 dalam kawasan tu. Satu kereta/bas pun takde. Jadi kitorg pun telefon laaa pejabat persembahan tu. Rupa2nya show takde sebab Indonesia bercuti panjang sejak hari kemerdekaan 17 Ogos lalu. Hampeh tullll..

7.35 malam
Bertolak balik ke Yogyakarta dengan motorsikal.

8.15 malam
Tiba di Yogyakarta. Kitorg terus ke Jalan Malioboro dan shopping di situ. Sambil2 tu, buat tattoo kat lengan. Temporary jerrrr...

Hari Keempat (Selasa, 22 Ogos 2006)
8.00 pagi
Bangun tido dan ambil light breakfast kat bilik. My SD dan bekfas awal2 lagi. Entah apa la yang dia beli kat makcik di depan hotel tadi.

8.30 pagi
Naik motor ke Kraton (Istana).

8.40 pagi
Parking motor di luar kawasan Kraton dan naik beca ke Taman Sari (Rp.20,000).

Taman Sari ni sebenarnya adalah merupakan istana air. Dibina oleh raja Yogyakarta (Hamengkubuwono) suatu ketika dulu untuk memerhatikan gundik2nya mandi. Dari kawasan ini lah raja tersebut melihat gundik2 mandi.
Ini dalam kawasan yang cantik giler ni laaa terletaknya kolam tempat diorg ni mandi. Raja akan memilih sorang daripada gundik tersebut untuk mmmm.. apa lagi, main laaa...

9.30 pagi
Melawat ke Kraton. Kraton ni merupakan istana Sultan Yogyakarta dan masih lagi didiami oleh sultan tersebut. Sultan sekarang ialah Hamengkubuwono X. Harga tiket masuk ialah Rp.5,000 termasuk guide. Terpulang la kalau nak kasi tips pada guide tu.

Antara yang menarik dalam Kraton ialah pameran alat2 kebesaran diraja dan kitorg berpeluang menonton persembahan gamelan di sini.

10.30 pagi
Kitorg bertolak balik ke hotel dan check-out dari hotel. Selepas tu kitorg bergegas ke stesen keretapi Yogyakarta.

11.15 pagi
Naik tren Argo Willis ke Bandung (tambang Rp.155,000).  Dalam perjalanan kitorg diberikan nasik tengah hari dan minuman.

Perjalanan dari Yogyakarta ke Bandung melalui kawasan tengah Pulau Jawa yang terdiri dari kawasan yang bergunung-ganang. Antara yang menarik ialah ketika tren ini melalui kawasan sawah padi yang terletak di tanah tinggi. Pemandangannya memang menakjubkan. Tambah2 kita waktu senja.
Budak sebelah aku tu adalah budak dari Padang, Sumatera. Dia pun dalam perjalanan ke Bandung. Banyak citer kitorg kongsi semasa dalam perjalanan 8 jam ke Bandung.

7.00 malam
Kitorg tiba di Bandung.

8.00 malam
Check-in di hotel Paradissa (Rp.120,000). Hotel2 di Bandung ni memang agak mahal.

11.00 malam
Dinner sea-food. Yg menarik kat Bandung banyak restoran sea-food. Harganya pulak murah giler....

Hari Kelima (Rabu, 23 Ogos 2006)
10.00 pagi
Bangun tidur dan breakfast di hotel.

10.30 pagi
Kitorg check-out dari hotel dan menyimpan barang di lobi hotel. Kitorg naik beca ke Jalan Champelas (Jeans Street).

11.00 pagi
Sebaik je tiba di Jalan Champelas, aku tersedar yang duit tertinggal di bilik hotel. Bergegas la kitorg naik cab balik ke hotel. Nasib baik duit tu ada lagi.

12.15 petang
Kitorg tiba semula di Jalan Champelas. Kat sini adalah merupakan tempat shopping yang utama di Bandung terutama sekali seluar jeans dan t-shirt. Apa lagi, shopping laaaaa....

Satu lagi keunikan tempat ni ialah patung2 yg menyerupai Superman, Rambo, Tarzan dan macam2 lagi untuk menarik perhatian pengunjung. Yang pakai baju batik Jawa tu bukan salah satu dari patung tu yerrrrr...
Lunch ikan gurame masak masam-manis kat restoran Ayam Goreng. Yum yum yummm....

4.00 petang
Kitorg balik semula ke hotel untuk mengambil beg.

Bergambar sebelum meninggalkan Kota Bandung. Bila tgk balik, sejibik cam cowok Jawa. Hehehe.

5.30 petang
Kitorg bertolak ke Bogor dengan menaiki van.

9.30 malam
Kitorg tiba di Bogor dan terus check-in di hotel Abu Pansione (Rp.135,000)

Hari Keenam (Khamis, 24 Ogos 2006)
8.00 pagi
Bangun tidur dan breakfast di hotel.

9.00 pagi
Berjalan kaki ke Kebun Raya Bogor. Bandar Bogor nie memang peaceful dan romantik giler. Tak crowded sangat cam Jakarta, Yogya dan Bandung. Banyak bangunan di sini mempunyai unsur-unsur binaan Belanda.

Di bandar Bogor
Di Kebun Raya Bogor
Pemandangan dalam kawasan Istana Bogor
Kereta kuda
Di Abu Pansione

11.00 pagi
Naik kereta kuda balik ke hotel. Kitorg terus packing barang.

12.15 petang
Kitorg check-out dari hotel dan berjalan kaki ke stesen kereta api Bogor. Ni gambar sebelum kitorg meninggalkan hotel nie. My SD suka giler ngan landscape kat hotel nie. 

1.15 petang
Naik tren Pakuan Express ke Jakarta (tambang Rp.13,000)

2.10 petang
Kitorg tiba di Stasiun Gambir.

Sebaik saja tiba kat sini, kitorg lunch di medan selera yang berdekatan. Ni adalah antara menu makanan yang menarik perhatian aku. Pecel lele laaa, sup buntut laa... opsss.

3.00 petang
Berjalan kaki ke MONAS (Monumen Nasional).

MONAS ni adalah tugu yang berbentuk tiang tinggi (kat belakang aku tu) Yang menarik, kat atas nyer ada 35kg emas yang dibentuk menjadi seperti api obor.
Di sini juga ada terdapat lif yang membolehkan pengunjung naik ke bahagian atas. Alah... mcm Menara KL tu. Di bawah ni adalah dua gambar pemandangan yg kitorg dapat rakam dari atas MONAS.
4.00 petang
Kitorg bertolak ke airport dengan menaiki bas Damri. (tambang Rp.15,000)
5.15 petang
Kitorg tiba di airport. Tengok di papan kenyataan, untuk penerbangan Air-Asia belum dibuka lagi. Hampeh tul laaa Air Asia nie....

6.15 petang
Tgk kat papan kenyataan masih belum dibukak lagi. Apa lagi, my SD pun terus bertanya kat kaunter pertanyaan. Rupa2nya kaunter check-in dah dibukak cuma tak diupdate kat papan kenyataan. Apa lagiiii.. kitorg pun bergegas laaa ke kaunter tu. Sampai kat situ, penjaga kaunter Air-Asia tu marah2 pulak sebab kitorg lewat. Kitorg pulak marah kat diorg sebab tak update papan kenyataan. Dah .. berlaku argument lak kat situ.

6.30 petang
Pas check-in, kitorg pun terus ke pemeriksaan imigresen. Dah tu pulak, barisan nyer panjang gilerrrr.. Kitorg pun memilih barisan yg paling pendek antara barisan yang panjang tu...

6.40 petang
Dah dekat kaunter nak cop passport, tiba2 lak terperasan kat atas meja tu tertulis "Expatriates only".. Aduhhh, salah kaunter. Apa lah diorg ni, lain kali letak laaa label tu besar2 kat atas, nie buat label kecik, letak kat meja. Orang kat belakang mana nampak. Kitorg pun tukar ke barisan lain.

6.50 petang
Nasib baik ada satu kaunter baru dibukak. Apa lagi, aku pun meluru terus ke depan.

7.00 malam
Kitorg berlari ke balai berlepas....

7.25 malam
Berlepas balik ke Kuala Lumpur.


Segala kenangan sempena Indonesia 2006, tak kan dilupakan. Ni adalah the best trip ever. Thanx kepada semua yg kengkawan yg banyak beri info dan kepada kenalan di Indonesia, semoga persabahatan kita berkenalan. Thanx my SD for this lovely trip.


Indonesia 2006 (Itinerary)

Sabtu, 19 Ogos 2006
9.50pg Bertolak dari LCCT menaiki pesawat QZ7603
10.50pg * Tiba di Lapangan Terbangan Sukarno-Hatta
Menaiki teksi ke Jl Jaksa untuk penginapan.
1.00ptg Check-in hotel & lunch.
2.00ptg Berjalan kaki ke stesen tren Gambir.
Tempah tiket tren untuk ke Yogyakarta.
Naik tren ke Kota.
3.00ptg Taman Impian Jaya Ancol
8.00mlm Dinner & cultural show.
10.00mlm Balik ke hotel & berehat
11.30mlm Clubbing @ Stadium.
Ahad, 20 Ogos 2006
10.00pg B/fast dan check-out.
11.30pg Taman Mini Indonesia Indah (addmission: Rp 9,000)
3.00ptg Gambir
Melawat National History Museum, National Monument, Masjid Istiqlal, Freedom Memorial.
8.00mlm Bertolak dari Gambir menaiki tren ARGO LAWU (Tambang Rp. 220,000) menuju ke Yogyakarta
Pelayanan tambahan : Snack berat + minum hangat, bantal, selimut (Malam)
Isnin, 20 Ogos 2006
2.50pg Tiba di Yogyakarta dan bertolak ke Borobudur.
4.30pg Menikmati pemandangan Borobudur semasa matahari terbit. (admission: U$11)
11.30pg Bertolak ke Yogyakarta
2.00ptg Tiba di Yogyakarta & Check-in Hotel.
Lunch. Melawat Kraton, Taman Sari (Water Castle) dan sekitar Yogyakarta
Melawat Candi Prambanan (admission: U$11) & tonton Ramayana Ballet.
10.00mlm Kaliurang & Gunung Merapi
Selasa, 21 Ogos 2006
9.00pg Breakfast dan berjalan-jalan sekitar kraton
Gamelan.
11.31pg Bertolak dari Yogyakarta menaiki tren ARGO WILIS (Tambang Rp. 155,000) menuju ke Bandung.
5.54ptg Tiba di Bandung
8.00mlm Dinner & shopping.
Rabu, 23 Ogos 2006
9.00pg Breakfast
Berjalan-jalan sekitar Bandung.
2.00ptg Lunch & check-out.
Bertolak dengan tren ke Bogor.
Check-in & berjalan-jalan sekitar Bogor.
Khamis, 24 Ogos 2006
10.00pg Bertolak ke Jakarta
12.30ptg Lunch & shopping sekitar Jakarta
5.00ptg Bertolak ke airport Sukarno-Hatta
7.05mlm Meninggalkan Jakarta balik ke KL dengan pesawat AK957.
10.05mlm** Tiba di LCCT, KL

* WIB (Waktu Indonesia Barat)
** Waktu Malaysia


Thursday, 17 August 2006

Voice of Star 2006 Final Live @ O*range

Pada 12 Ogos 2006, telah diadakan pertandingan Voice of Star 2006 di O*range Club. Seramai 10 org contestants telah berentap di pertandingan akhir yg berprestij ini. Ditambah menarik dengan kehadiran pengkritik yg sudah sinonim dengan mulut lasernya iaitu Kak Rosnah Mat Arez opsss Aris dan Abg Azwan Ali Cit-Cat. Amboi...amboi...amboi. Pastu pulak, dihoskan oleh artis propah negara katanya iaitu Roslan Shah. (Ala... yg dipanggil Sudirman Singapore tuuu). Lebih menghangatkan dengan adanya 2 bintang kelahiran Malaysian Idol yg sedang meningkat naik iaitu Nikki dan Fazli.

Niki-Caramu

Niki telah membawakan dua buah lagu pada malam tu, iaitu Caramu dan Pinta.

 

D'Colors On Stage-Hips Don't Lie

Pada mlm tu, D'Color membuat persembahan pembukaan dan penutup.


Tuesday, 8 August 2006

Voice of Star 2006 Final @ Orange

Jangan lupa guys turun ke Orange minggu ni untuk Final Voice of Star 2006. Antara juri pada malam itu ialah guru vokal AF iaitu Cikgu Shafi. Selain itu, Nikki Malaysian Idols juga dijangka turun.

Yang penting, jangan tiba lewat sebab event ni akan bermula jam9.30 mlm. Jumpa di sana.

Macam iklan Malam Pesta Muda-Mudi la pulak. Malam Pesta Muda-Mudi, Bertemasya dan Menari  Hehehehe.


DVD Citrawarna @ Orange & Mlm Aneka Ragam

DVD Citrawarna @ Orange dan Malam Aneka Ragam sudah terbit. Ni lah DVD pertama yang dihasilkan menerusi kamera HDV. Saksikan previewnya dengan mengklik gambar disebelah.
Ni yang gambar aku di MLB lepas Malam Aneka Ragam. Yang bestnya dapat bergambar ngan Lynda.

Ni adalah show pada Malam Aneka Ragam @ Orange.

 
Shee-Dia Milikku

Ini adalah lagu favourite aku di Orange. Thanx Kak Shee for the show.

Susan Lee feat. Shee-Same Script, Different Cast

Show yang penuh character pada malam tuh. Macam betul2 je Susan Lee dan Shee berkonfrontasi mlm tu.

 

Ni pulak gambar kawan2....

Dari atas ke bawah: Lynda, Finaz, Isis, Baby Edora, Syah, Harrie, Shah, Fazli, Madi, Arezizul


Thursday, 3 August 2006

Orange 4 Ogos

Guys, minggu ni party di Orange adalah pada  Jumaat, 4 Ogos bukan Sabtu. (Hanya untuk minggu nie saja). Dari apa yang Lynda cakap, tema show minggu nie adalah Aneka Ragam. Dan berkemungkinan ada contest Madonna vs Beyonce.


Citrawarna @ Orange

 

Viviana-Asmaradana & Tari Tualang Tiga

Ini adalah persembahan pertama pada malam tu.

 

Lowra Madonna-Chinese Cha-cha

Lowra Madonna dengan penuh character membawa lagu Cina nie.

 

Naomi-Iboq

Best giler show nie.